biskut arab

Biskut Arab ni memang sedap sangat. Biskut legend tetapi tetap ada peminatnya. Kalau ada yang suka, boleh lah cuba resipi yang tersangat mudah ini. Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh Cik Anis Awani di laman sosial Facebook. Hanya guna 5 bahan mudah. 1 adunan ini boleh dapat lebih kurang dalam 106 biji.

Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Di Luar & Cair Di Mulut. Resipi Mudah Tanpa Guna Oven & Mixer!

RESIPI BISKUT ARAB TERPALING MUDAH

Bahan-bahan:

  • 550 gm tepung gandum
  • 190 gm minyak sapi tulen
  • 65 gm butter/ marjerin
  • 40 gm gula icing
  • Sedikit gula kastor

Cara-cara:

  1. Sebatikan minyak sapi dengan butter.
  2. Kemudian masukkan gula icing. Kacau rata.
  3. Masukkan pula tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan, uli sehingga adunan tak melekit pada tangan. Adunan biskut arab ini jangan terlalu keras atau lembik. Kalau adunan lembut, boleh tambahkan lagi tepung.
  4. Bila dah siap uli, cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan.
  5. Bakar pada suhu 150℃ selama 30minit. (bergantung pada oven anda)
  6. Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan gula kastor atau gula pasir halus.
  7. Boleh letak dalam papercup jika suka, susun dalam bekas tertutup.

Siap, selamat mencuba ya.

Kredit: Anis Awanis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN