Categories: Dapur Tempur

Empat Pasangan Keluarga Bakal Berlawan Di ‘Semi Final’ Dapur Tempur

Program realiti, Dapur Tempur memasuki pusingan separuh akhir membabitkan empat pasangan mara untuk menawan hati dua juri, Cef Adu dan Sheila Rusly dengan keenakan masakan mereka.

Mereka ialah kumpulan Pendekar Malaya diwakili Mohd Haizal Ismail, 47 dan anak saudaranya, Irfan Hariz S Miswandi, 20; kumpulan Masam Manis iaitu Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 dan isterinya, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31.

Turut bersaing kumpulan Seketul Rasa dianggotai Idziatul Shima Samarudin, 42, dan adiknya, Muhammad Hanis Samarudin, 32; dan kumpulan Sudap Sudip iaitu Halifah Jaafar, 59 bersama anaknya, Muhammad Arif Haron, 37.

Artikel berkaitan: Kalau Masak Tak Sedap, Saya Tak Akan Bagi ‘Can’ Punya – Ropie

Artikel berkaitan: Kena Masak Itik Untuk Minggu Kelima, Juri Bagi Cabaran Seorang Sahaja Dibenarkan Memasak

Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata, peranan Cef Adu dan Sheila Rusly sangat mustahak untuk memberi komen dan hala tuju sebenar kepada peserta agar mereka sentiasa berada di tahap yang tertinggi sepanjang persaingan.

“Setiap nasihat atau teguran apa yang disampaikan juri adalah peringatan dan ilmu yang penting untuk mengingatkan peserta supaya kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan berulang.

“Ini adalah rancangan realiti dan tentunya akan ada saat-saat dramatik dan emosional bukan saja kepada peserta, namun penonton dapat memberi tumpuan terhadap senario yang diketengahkan dalam program,” katanya.

Khairunnisa berkata, setiap pasangan dipilih menyertai program ini adalah mereka yang mempunyai pengalaman memasak, berpengetahuan dan mahir menggunakan setiap bahan masakan.

“Bagi pihak TV9, kami ingin peluang ini digunakan oleh peserta sebaiknya untuk mereka menonjolkan bakat dalam bidang masakan. Ini juga antara masa terbaik untuk mereka merapatkan lagi silaturahim sesama ahli keluarga seperti suami isteri, ibu dan anak, biras, bapa saudara dan anak saudara serta adik-beradik.

“Peserta perlu menunjukkan komitmen tinggi kerana setiap kumpulan pasangan dipilih ini terdiri daripada mereka yang sering memasak untuk hidangan seisi keluarga,” katanya.

Juara Dapur Tempur akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM6,000 serta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk Nona selama setahun.

Naib juara pula menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Pemenang empat ketiga memenangi mesin pembuat roti Panasonic dan tempat keempat bakal membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic. 

Pemenang mingguan pula berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM500 tajaan Nona dan pemenang cabaran Nona membawa pulang hamper produk Nona bernilai RM1,000.

Program Dapur Tempur ditayangkan setiap Khamis, jam 8.30 malam di TV9. Ia juga boleh distrim secara langsung di platform digital www.tonton.com.my dan saluran YouTube TV9 Malaysia.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…

8 hours ago

Chef Zam Kongsi Resipi Mi Segera Asam Laksa Yang Kaw, Buat 1 Bungkus Tak Cukup!

Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…

9 hours ago

Tips Simpan Epal Supaya Tak Cepat Rosak, Segarnya Tahan Lama!

Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…

9 hours ago

Resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, Cara Ini Dapat Hasil Kerak Lebih Garing!

Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…

10 hours ago

Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…

11 hours ago

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!

Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…

12 hours ago