elak 5 makanan

Elak 5 makanan ini ketika anda bersahur. Tetapi, mungkin ramai yang tidak mengetahui dan makan juga 5 jenis ini untuk mengalas perut. 

Bekerja atau belajar semasa bulan Ramadan merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Untuk menjaga tenaga sepanjang hari, mereka yang berpuasa perlu memilih menu yang sesuai supaya tidak lemah pada pertengahan hari.

Satu waktu makan yang penting semasa bulan puasa adalah sahur. Anda perlu memastikan makanan yang anda ambil memberikan tenaga untuk berpuasa kira-kira 12 jam.

Baca juga: Bacaan Niat Puasa Dan Doa Buka Puasa, Ini Panduan Lengkap Berserta Rumi

Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan jenis makanan yang sesuai. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan semasa sahur.

ELAK 5 MAKANAN INI KETIKA BERSAHUR

elak 5 makanan

1. Kopi

Salah satu sebab mengapa kopi sebaiknya dielakkan semasa sahur adalah kerana ia mempunyai sifat pencahar. Anda mungkin menyedari bahawa anda perlu ke tandas lebih kerap selepas minum kopi.

Ini disebabkan oleh bahan dalam kopi yang merangsang pergerakan usus besar, menyebabkan badan anda membuang sisa pencernaan lebih cepat.

Selain itu, sifat asid dalam kopi juga boleh mengganggu perut. Bahan yang dipanggil ‘chlorogenic acid’ boleh merangsang peningkatan asid dalam perut. Kopi juga bersifat diuretik, menyebabkan badan anda mengeluarkan lebih banyak air, meningkatkan risiko dehidrasi semasa berpuasa.

2. Makanan Masin

Contoh makanan yang sebaiknya dielakkan semasa sahur untuk mengurangkan rasa haus termasuk acar, kacang masin, biji labu, dan makanan tin.

Jenis makanan ini mengandungi kandungan garam yang tinggi, yang boleh merangsang rasa haus. Anda juga patut mengurangkan penggunaan garam dan perasa dalam masakan.

3. Karbohidrat Ringkas

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas. Jika anda memilih karbohidrat kompleks, tenaga yang diperoleh daripada makanan tersebut akan dilepaskan perlahan-lahan ke dalam tubuh.

Ini memberikan tenaga yang mencukupi untuk tempoh berpuasa. Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks termasuk beras perang, jelai, gandum, dan oat. Contoh lain juga termasuk gula, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, dan kuih.

Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengambil karbohidrat ringkas, tetapi pastikan untuk menyeimbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu menjaga kecergasan semasa berpuasa.

4. Makanan Pedas

Seperti makanan masin, makanan pedas juga boleh menyebabkan rasa haus yang berterusan. Mereka yang mengalami masalah keradangan perut disarankan untuk mengelakkan makanan pedas kerana ia boleh merangsang peningkatan asid perut yang mungkin menyebabkan sakit pada bahagian atas perut.

Bagi sesetengah orang, makanan pedas juga boleh menyebabkan masalah perut.

5. Makanan Lemak Tinggi

Pada waktu sahur, elakkan jenis makanan tinggi lemak untuk mengelakkan masalah sembelit atau cirit-birit semasa berpuasa.

Sebagai alternatif, anda boleh memilih jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza. Sebagai contoh, tukarlah dari ayam goreng kepada ayam panggang.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Selebriti Kongsi Tip Tahan Haus Ketika Puasa, Masukkan Ini Dalam Air Suam Masa Sahur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN