Terdapat banyak khasiat ubi kayu rebus untuk kesihatan tubuh badan kita. Nampak macam biasa, namun rupanya ada manfaat yang luar istimewa!
Pada zaman dahulu ketika zaman penjajahan, ubi kayu rebus menjadi makanan ruji kerana beras dan makanan lain sangat mahal.
Tanpa disedari, sebenarnya ada kebaikan ubi kayu rebus yang ramai tidak tahu. Oleh itu, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Baca juga: Murah Tapi Banyak Manfaat, Ini Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu
KHASIAT UBI KAYU REBUS
1. Melancarkan sistem pencernaan
Ubi kayu kaya dengan sumber fiber yang membantu usus berfungsi dengan baik dan melancarkan pencernaan.
Ia juga merupakan serat tidak larut yang membantu meningkatkan sistem pencernaan agar dapat menyerap semua racun yang ada dalam usus.
Pada masa yang sama, ubi kayu juga dapat mengurangkan keradangan dalam saluran penghadaman perut.
2. Memberi tenaga dengan pantas
Seperti yang ramai tahu, ubi kayu merupakan makanan ruji orang dulu-dulu. Tidak sama seperti zaman sekarang yang menjadikan nasi sebagai makanan harian.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ubi kayu jauh berbeza berbanding dengan nasi. Namun, hakikatnya ubi kayu lebih tinggi karbohidrat dan penyumbang tenaga yang pantas kepada tubuh badan.
3. Merawat cirit-birit
Selain itu, ubi kayu bersifat antioksidan yang dapat mengatasi masalah cirit-birit. Ia juga dapat menyingkirkan bakteria yang menjadi penyebab kepada cirit-birit dan masalah perut lain.
4. Mencegah anemia
Anemia adalah penyakit di mana masalah kekurangan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Anemia sering kali berlaku kerana kekurangan zat besi dalam tubuh badan.
Ubi kayu dikatakan mampu mencegah penyakit ini kerana ia tinggi dengan kandungan zat besi. Zat besi ini dapat membantu pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah.
5. Menjaga kesihatan mata
Di samping itu, ubi kayu juga mempunyai vitamin C dan mineral yang dapat meningkatkan penglihatan mata dan mencegah dari masalah penglihatan yang lain.
6. Menghilangkan migrain
Kehadiran vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu dapat mengurangkan serangan migrain dan sakit kepala yang berterusan.
7. Menurunkan berat badan
Khasiat yang ketujuh ini pasti ramai yang suka. Sebenarnya ubi kayu dapat membantu menurunkan berat badan.
Ia kaya dengan serat yang dapat membuatkan kita berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
Sumber: Bidadari.my
Baca juga: 10 Khasiat Yogurt Jika Diambil Selalu, Nombor 9 Wanita Pasti Suka!