kebaikan yogurt

Sedapnya dapat makan yogurt yang masam-masam manis dan disejukkan dalam peti ais! Bukan sahaja enak, malah ada banyak kebaikan yogurt untuk kesihatan tubuh badan kita.

Yogurt merupakan sejenis makanan yang mengandungi kandungan probiotik atau bakteria baik yang membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit.

Bukan sahaja baik untuk usus, yogurt juga dapat membantu untuk menghilangkan jerawat pada kulit wajah. Caranya adalah dengan menggunakan yogurt sebagai ‘masker’ muka.

Selain itu, terdapat banyak lagi manfaat yogurt jika diamalkan selalu. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Baca juga: 15 Khasiat Air Rebusan Nanas, Minum Hari-Hari Akan Nampak Kesannya!

KEBAIKAN YOGURT YANG PERLU ANDA TAHU

kebaikan yogurt

1. Menyihatkan Tulang

Semangkuk yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Kalsium juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis.

2. Mudah Dicerna

Bagi mereka yang alergi terhadap laktosa dan alah pada minuman susu, yogurt adalah pilihan tepat untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Ini kerana yogurt lebih mudah dicerna dan mengandung nutrisi yang hampir sama seperti susu.

3. Mengandung Bakteria Baik

Yogurt mengandung probiotik atau bakteria baik. Tugasnya adalah menyingkirkan bakteria jahat yang mengganggu kesihatan pencernaan. Secara tidak langsung, probiotik pun akhirnya turut membantu menyokong kekuatan sistem imun badan.

4. Menurunkan Tekanan Darah

Pesakit hipertensi juga disarankan mengambil yogurt. Ini kerana, selain mengandungi kalsium, yogurt juga kaya dengan kalium. Kalium dalam yogurt berfungsi dalam membantu proses penurunan tekanan darah.

5. Bagus Untuk Kulit

Selain dimakan, yogurt juga boleh digunakan sebagai masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut. Ini kerana, yogurt mengandung asid laktit yang berfungsi sebagai penghalau sel-sel kulit mati.

6. Kaya Vitamin

Selain kalsium dan kalium, yogurt kaya dengan pelbagai vitamin lain yang diperlukan oleh badan. Sebut saja fosforus, vitamin B5, zink, iodin, dan riboflavin. Yogurt juga mengandung vitamin B12 yang berfungsi untuk menjaga prestasi sel darah merah.

7. Meningkatkan Sistem Imun

Pengambilan yogurt setiap hari mampu meningkatkan sistem imun badan. Pengamal yogurt biasanya tidak terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema.

8. Mencegah Jangkitan Kulat

Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan organ intim, makan/ minum yogurt adalah salah catu cara mudah untuk melakukannya. Dengan pengambilan yogurt, wanita berisiko lebih rendah untuk jangkitan kulat di bahagian intim.

9. Menurunkan Berat Badan

Jika sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, jangan tinggalkan yogurt dalam menu makanan sehari-hari. Pengambilan yogurt mampu mempercepat pembakaran lemak dan menurunkan berat badan.

10. Menjaga Kesihatan Usus

Beberapa masalah pencernaan sebenarnya mampu diatasi dengan pengambilan yogurt seperti alergik pada laktosa, sembelit, dan cirit-birit. Pengambilan yogurt mampu menjaga kesihatan usus dan pencernaan secara keseluruhan.

BILA PERLU AMBIL YOGURT?

Ada pakar pemakanan dan doktor yang berpendapat bahawa yogurt baik diambil ketika perut kosong atau 30 minit sebelum kita mengambil makanan berat. Ini kerana bakteria baik dalam yogurt iaitu Lactobacillus acidophilus adalah bakteria yang hidup dalam suasana berasid.

Ambil yogurt 2 HINGGA 3 kali sehari dalam kuantiti sederhana sama ada selepas makan atau sebelum makan (bergantung pada kesesuaian) bagi mendapat manfaat yogurt seperti mana yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu. Pengambilan yang berlebihan mungkin tidak memberikan manfaat yang sebaiknya.

Sumber: Diana Lee

Baca juga: Murah Tapi Banyak Manfaat, Ini Khasiat Halia Dalam Masakan Yang Ramai Tak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN