Categories: Kesihatan

Doktor Ini Kongsi Khasiat Ketam Supaya Mak Mak Tahu, Bantu Kuatkan Otak

Bagi peminat ketam, mestinya ingin tahu khasiat ketam yang dapat memberi banyak manfaat untuk tubuh badan. 

Memang jenuh menahan perasaan bila melihat pelbagai menu berasaskan ketam yang berkeliaran di media sosial kan. Selain rasanya yang sedap, ada banyak khasiat ketam yang baik untuk tubuh.

Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini

Salah satunya ia antara makanan untuk kuatkan otak anak-anak. Ketam juga tinggi kandungan omega 3 yang mana penting untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.

Menerusi perkongsian dari Doktor Mazliana Mazlan, apabila makan makanan laut seperti ketam sekali seminggu, ia boleh kurangkan risiko penyakit pelupa seperti Dementia dan Alzheimer’s disease. Menarik betul kan?

Kita cubalah seminggu sekali atau sebulan sekali pun tak apa. Kalau anak umur setahun ke atas, kita dah boleh start kenalkan ketam ini.


KHASIAT KETAM UNTUK KANAK-KANAK

1. Untuk kesihatan jantung.

2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.

3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.

4. Bagus untuk sistem imun anak, ketam juga tinggi kandungan zink.

5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.


Semua ni, penting untuk anak kita dan ia ada dalam real food ketam.

Bukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar. Elakkan dari anak kita ya, seboleh mungkin.

Bila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.

Sebenarnya bila kita sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak, dalam masa yang sama.

Apa yang baik di perut anak, baik juga di otak dan hati anak kita. Begitu juga sebaliknya.

Kita cuba sama-sama ya, berikan yang terbaik semampu kita, untuk perut, otak dan hati anak-anak. 

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat ‘Gejang’, Ketam Bertelur Mentah Perap Soy Sauce

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

4 minutes ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

25 minutes ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

37 minutes ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 hour ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 hours ago