daging masak hitam simple

Adakah anda di antara mereka yang mendapat daging korban sempena Hari Raya Haji pada tahun ini? Jika tiada idea memasaknya, anda boleh buat Daging Masak Hitam simple.

Daging Masak Hitam cukup popular dengan rasa yang kaya dan kuahnya yang pekat. Ia merupakan salah satu menu paling laku sewaktu kenduri.

Dengan potongan daging yang lembut bersama rempah ratus terpilih dan kicap manis, Daging Masak Hitam ini memberikan aroma yang cukup memikat selera.

Jika mempunyai lebihan daging korban, anda boleh cuba resipi Daging Masak Hitam simple yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid  di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Daging Masak Cili, Satu Lauk Ni Dah Cukup Makan Dengan Nasi Panas

RESIPI DAGING MASAK HITAM SIMPLE

daging masak hitam simple

Bahan-bahan:

  • 2kg daging
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • 20 tangkai cili kering (kisar)
  • 2 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 hingga 6 hiris halia
  • 2 batang serai
  • 1 genggam kismis (sepatutnya guna kismis hitam, jika tiada boleh guna yang kuning saja)
  • 5 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara:

1. Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering kisar dalam 2 hingga 3 jam.

daging masak hitam simple

2. Sementara tunggu daging, boleh kisar bahan lain dulu. Satu bekas untuk kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Satu bekas lagi untuk kisar serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam.

3. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, kemudian masukkan bawang kisar.

4. Setelah bawang garing, masukkan rempah kisar pula.

5. Tunggu sehingga pecah minyak dan masukkan daging, kemudian gunakan api perlahan. Jangan letak air sebab nanti daging keluar air.

6. Masak sehingga kering. Nak ikutkan tak perlu tambah gula dan garam lagi sebab dah ngam-ngam rasanya. Tapi boleh juga letakkan 2 sudu jika suka manis.

7. Gunakan api perlahan dan biarkan masak sehingga kering dalam 3 jam. Siap untuk dihidang!

Begitulah cara memasak Daging Masak Hitam simple dan sedap. Ia cukup sesuai dijadikan sebagai lauk tengah hari buat seisi keluarga.

Jika anda terasa masak terlalu banyak dan tak nak membazir, anda boleh letak dalam bekas kecil dan simpan dalam peti ais. Nanti nak makan, tinggal panaskan saja.

Baunya pasti wangi dan sedap sampai rumah sebelah pun teringin dibuatnya. Nak bagi jiran pun apa salahnya?

Selamat mencuba!

Sumber: Rusfaniza Abu Yazid

Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN