daging style danok

Makanan yang popular dari negara jiran iaitu Thailand mestilah daging style danok. Juadah ini wajib dihidangkan bersama-sama sos cili Thai buatan sendiri. Baru lah best!

Hidangan ini kalau dibeli luar, sudah tentu harganya tidak kurang mahalnya. Tapi, anda boleh buat sendiri di rumah dengan ikut sahaja resipi lengkap di bawah. Confirm suami sayang!

Perkongsian oleh Cik Puan Faizzah Razmi, sesuai sebagai menu makan tengah hari.

Baca juga: Resepi Puding Coklat Tanpa Gagal, Ada Bahan ‘Ini’ Baru Tak Hancur

RESEPI DAGING STYLE DANOK

Bahan Perapan Daging (Perap Semalaman):

  • ½ kg daging
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit minyak
  • 2 sudu serbuk cukup rasa

Bahan Sos:

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu besar beras (sangai dan tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sudu besar gula perang
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 bawang besar (hiris nipis)
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Sos:

1.  Tumbuk akar daun ketumbar, bawang putih, dan cili padi sehingga lumat.

2. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yang disangai (dan ditumbuk), serta perahan limau nipis. Gaul sebati.

3.  Masukkan sos cili dan sos tiram, kemudian gaul rata.

4. Masukkan daun ketumbar yang dipotong dan bawang besar yang dihiris nipis.

5.  Tambahkan sedikit garam secukup rasa. Gaul sebati dan sos sedia untuk dihidangkan.

Cara Penyediaan Daging:

1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

2. Bakar daging dalam oven pada suhu 150°C selama 20-30 minit atau sehingga daging masak sepenuhnya.

Selamat mencuba! Memang sedap kalau dipadankan bersama taugeh goreng. Mesti makan hingga menjilat jari.

Sumber: Faizzah Razmi

Baca juga: Resepi Roti Boy Homemade Gebu, Aroma Kopinya Memikat Sungguh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN