Bagi penggemar tat telur Portugis, korang mesti pernah rasa betapa sedapnya tat telur Portugis yang dijual di Bakers Cottage. Kebiasaannya tat telur Portugis ini kurang muak dan kurang berbau telur berbanding tat telur yang biasa.

Biasanya harga tat telur Portugis yang dijual di kedai agak sedikit mahal, tetapi korang tidak perlu risau lagi kerana boleh buat dirumah sahaja dan yang paling mudah ialah korang boleh buat tat tersebut dengan menggunakan puff pastry sahaja. Jom cuba resepi tat telur Portugis yang mudah ini.

Bahan-bahan

  • 20 gram telur penuh (telur sebiji maksudnya)
  • 2 biji telur kuning
  • 75 ml susu full cream 
  • 45 gram gula kastor
  • Sedikit esen vanila
  • 150ml whipping cream

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua bahan di dalam 1 bekas, selepas itu kacau dengan senduk sampai sebati.
  2. Tekapkan puff pastry dengan menggunakan cawan, selepas itu masukkan kedalam acuannya dan tekan-tekan sedikit.

3.Masukkan filling tadi agak-agak dan jangan sampai terlalu penuh.

4. Bakar di dalam oven suhu 170c selama 25 minit. Kalau pakai air fryer suhu 180c selama 20 minit.

5. Sudah siap dan boleh dimakan panas-panas atau sejukkan di dalam chiller.

Sumber: Izz Aishah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN