cucur pisang kembung

Alangkah sedapnya dapat makan kuih goreng pada waktu sarapan dan minum petang di rumah. Oleh itu, kami nak ajak anda buat Cucur Pisang Kembung yang sungguh lazat.

Cucur Pisang Kembung juga dipanggil cekodok pisang atau jemput-jemput pisang dibuat daripada campuran pisang dan tepung gandum, kemudian digoreng dalam minyak panas.

Oleh disebabkan cara membuatnya sangat mudah, jadi tak hairanlah ia menjadi kuih goreng yang disukai ramai sejak dulu lagi. Boleh dikatakan, semua orang suka makan!

Baru-baru ini, Mina Amy telah kongsikan resipi Cucur Pisang Kembung di Facebook yang hasilnya bukan saja sangat memuaskan, malah buat orang terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

RESIPI CUCUR PISANG KEMBUNG

cucur pisang kembung

Bahan A:

  • Pisang (jumlah biasa pisang untuk menggoreng)

Bahan B:

  • 200 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung beras
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh yis segera
  • 4 sudu besar marjerin cair
  • 300 ml air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong pisang menjadi kepingan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

cucur pisang kembung

2. Kemudian, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir, garam, baking soda, yis segera, marjerin cair dan air.

3. Selepas itu, gaul sampai sebati dan biarkan adunan selama 45 minit.

4. Lenyekkan pisang dan masukkan ke dalam adunan, kemudian gaul sampai sebati lagi.

5. Seterusnya, goreng dalam minyak panas sampai masak, angkat dan toskan.

6. Akhir sekali, masukkan topping mengikut citarasa. Siap untuk dinikmati!

Cucur Pisang Kembung ini bukan setakat sedap dinikmati begitu saja, malah anda boleh makan bersama hiasan topping yang lazat seperti cheese.

Rasa rangup di luar dan lembut di dalamnya bersama rasa lemak pisang pasti membuatkan anda berselera. Hidangkan untuk keluarga tersayang di rumah, pasti mereka memuji kesedapannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Mina Amy

Baca juga: Cara Buat Pisang Goreng Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN