Mari cuba buat Cream Puff Cendol ini. Rasa lemak dan creamy krim tu memang tak cukup kalau makan satu.
Jangan bimbang, pencuci mulut boleh dijadikan menu masakan yang boleh dilakukan bersama anak di dalam rumah sahaja. Dengan perkongsian resipi daripada Hafidz Ahmad yang sangat bermanfaat ini, anda semestinya perlu mencubanya.
Baca juga: Blueberry Cream Cheese Danish Cara Mr. Ali, Hanya Guna 6 Bahan Je
Menerusi temuramah SinarPlus, beliau merupakan seorang pegawai polis dan gemar membuat eksperimen makanan ketika waktu lapang. Percubaan pertama dilakukan ketika negara sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Beliau terus menamakan menunya sebagai Cream Puff Cendol. Bukan cream puff biasa, tetapi resipi kali ini membawa sedikit kelainan kerana selain daripada rasanya yang sedap, lemak dan berkrim, warnanya juga sangat menarik dan cantik untuk dihias.
RESIPI CREAM PUFF CENDOL
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 100 gm butter
- 150 gm air
- 140 gm tepung
- 3 biji telur saiz B
- Sedikit emulco pandan
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara membuat:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.
2. Didihkan air bersama butter, emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api. Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
3. Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.
4. Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
5. Sebelum dibakar, spray dahulu permukaan puff itu dengan air.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar 20-25 minit sehingga bertukar warna perang keemasan.
Bahan inti cream puff:
- 200 gm Instant custard
- 250 gm UHT whipping cream
- 150 ml Air
- 250 gm Fresh Cream
- 100 gram Gula melaka (yang dicairkan)
- 150 gram Cendol
Cara buat inti cream puff:
1. Putarkan instant custard , UHT whipping cream dan air sejuk dan gula melaka. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental. Masukkan cendol dah kaub balik sahaja.
3. Filling disarankan buat terlebih dahulu dan simpan dalam peti supaya betul-betul kental. Baru senang paip.
Selamat mencuba resipi cream puff yang kreatif dan unik ini.
Sumber: Hafidz Ahmad
Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!