makan masakan orang bukan islam

Berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu makan masakan orang bukan Islam walaupun ia berasal dari sumber yang halal kecuali sembelihan mereka.

Pada masa kini, dapat dilihat kedai makan antaranya seperti kafe-kafe hipster dan makanan dari pelbagai negara dibuka di Malaysia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Baca juga: Beza Tarikh Luput ‘Guna Sebelum’ Dengan ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan

Keadaan ini sudah pastinya menarik individu untuk mencuba makanan yang unik dan berbeza dari kebiasaan.

Namun, antara isu yang sering dibangkitkan adalah tentang status halal restoran tersebut ditambah lagi dengan pekerjanya terutama tukang masak yang bukan merupakan dari golongan Islam.

Malah, baru-baru ini, hangat diperdebatkan di media sosial tentang hukum makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam walaupun makanan yang dihidangkan adalah dari sumber yang halal.


INI HUKUM JIKA MAKAN MASAKAN ORANG BUKAN ISLAM

Berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu makan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam walaupun ia berasal dari sumber yang halal kecuali sembelihan mereka.

Ini bermaksud individu yang beragama Islam dibolehkan makan makanan yang disediakan oleh bukan Islam seperti Hindu, Budha dan sebagainya asalkan makanan yang digunakan adalah halal dan bukan hasil daripada sumber sembelihan mereka.

Walau bagaimanapun, sebagai orang Muslim, adalah lebih baik sekiranya makanan yang diambil disediakan oleh orang Muslim yang bertaqwa.

Makan Makanan Yang Disediakan Dari Perkakas Penyediaan Makanan Haram

Ada juga individu yang turut mempersoalkan tentang status makanan yang disediakan dari bahan dan perkakas yang digunakan.

Terdapat segelintir daripada mereka yang was-was untuk menikmati makanan yang dimasak oleh bukan Islam kerana risau perkakasnya juga digunakan untuk penyediaan makanan haram.

Tapi tahukah anda? Penyediaan makanan dari perkakas yang pernah digunakan untuk masak makanan tidak halal, tidak menjadikan makanan itu haram. Perkakas itu hanya perlu dicuci dengan air.

Walaupun begitu, sekiranya individu yakin bahawa peralatan memasak digunakan untuk penyediaan najis berat seperti khinzir, maka cara cuciannya adalah berbeza mengikut cucian biasa iaitu dengan membasuh tujuh kali dengan air mutlak dengan basuhan air bercampur tanah.

Namun, menurut mazhab Syafie, jika anda makan makanan yang disediakan daripada perkakas yang digunakan untuk masak makanan tidak halal, hukumnya adalah makhruh.


Jadi, pilihan di tangan anda. Bagi individu beragama Islam, jadilah muslim yang bijak dan dapat membezakan di antara makanan yang halal dan haram.

Semoga infomasi ini bermanfaat.

Baca juga: Jangan Terikut ‘Trend’ Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Bahaya! Ini Kesan Buruknya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN