Categories: Resipi

Crab Rangoon 5 Bahan Paling Mudah, Rangup Berkrim & Boleh Buat Frozen Untuk Stok Kudapan Sedap

Kalau anda sedang cari crab rangoon yang mudah, cepat dan confirm jadi, ini resipi yang wajib cuba. Hanya guna 5 bahan sahaja, tapi hasilnya rangup di luar, creamy di dalam dan memang tak cukup satu!

Resipi viral yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini sesuai sangat untuk minum petang, moreh, potluck atau buat stok frozen di rumah.

Baca juga: Roti Sardin Goreng Rangup Guna 5 Bahan Mudah, Menu Paling Anak-Anak Suka!

RESIPI CRAB RANGOON 5 BAHAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 1 paket crab stick
  • Kulit popia
  • Daun bawang (hiris halus)
  • Lada sulah secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan Inti Creamy

  • Potong crab stick ikut saiz pilihan (boleh cincang halus atau potong kecil).
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng crab stick seketika.
  • Masukkan daun bawang dan lada sulah.
  • Akhir sekali, masukkan cream cheese dan kacau sehingga sebati dan menjadi inti yang lembut serta berkrim.

2. Balut Dengan Kulit Popia

  • Potong sekeping kulit popia kepada 4 bahagian.
  • Letakkan satu sudu kecil inti crab rangoon di tengah.
  • Lipat mengikut bentuk pilihan (segi tiga atau uncang).
  • Basahkan sedikit bahagian tepi supaya kulit melekat kemas dan tak terbuka masa goreng.

3. Goreng Hingga Rangup Keemasan

  • Panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Goreng crab rangoon sehingga keperangan dan garing.
  • Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.

Tips Penting Supaya Crab Rangoon Kekal Rangup

  • Jangan letak inti terlalu banyak
  • Pastikan minyak cukup panas sebelum goreng
  • Gunakan api sederhana supaya masak sekata
  • Jangan bertindih masa menggoreng

Nak lagi sedap? Cicah dengan sos Thai manis pedas atau sos cili. Memang layan!

Boleh Simpan Frozen — Goreng Bila Nak Makan

Ini bahagian paling best!

1. Susun crab rangoon yang belum digoreng dalam bekas tanpa bertindih.

2. Simpan dalam freezer hingga keras.

3. Bila nak makan, terus goreng tanpa perlu nyahbeku.

Memang sesuai untuk ibu-ibu yang nak sediakan stok kudapan cepat dan praktikal.

Tekstur luar yang rangup, inti cheese yang creamy dan rasa crab yang seimbang memang buat orang ulang ambil. Tambah pula hanya guna bahan asas yang mudah dapat, memang tak ada alasan untuk tak cuba.

Kalau anda peminat crab rangoon, ini versi homemade yang lebih jimat dan boleh buat ikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Dayang Zuhaila

Baca juga: Resepi Garlic Bread Simple Dengan 5 Bahan Mudah, Sekali Makan Terus Ketagih!

Aimi

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago