minyak cili

Pernah buat Minyak Cili tapi lepas beberapa hari rasa pahit dan bau tengik? Sebenarnya ramai buat silap pada api dan cara masak cili.

Resipi ini dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah, menggunakan teknik khas adaptasi Chef Devina Hermawan. Hasilnya wangi, pedas asli dan tak pahit walaupun disimpan lama. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pencicah Thai Homemade, Confirm Sedap Untuk Ayam, Sotong Dan Kerabu!

RESIPI MINYAK CILI HOMEMADE

minyak cili

Bahan-bahan:

  • 75 g cili kering atau emping cili
  • 25 g bawang kecil
  • 25 g bawang putih
  • 450 g minyak masak
  • 25 g udang kering (rendam sekejap)
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

1. Potong, rendam dan bilas cili kering untuk buang kotoran serta biji berlebihan.

2. Sangai cili kering sehingga betul-betul kering bagi mengelakkan minyak cepat rosak.

3. Kisar cili kering menggunakan pengisar kering atau pemproses makanan sehingga hancur seperti tekstur emping cili.

4. Kisar bawang kecil, bawang putih dan udang kering menggunakan pengisar kering.

5. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api sederhana.

6. Tumis bahan kisar (bawang dan udang kering) sehingga keperangan dan wangi.

7. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga minyak bertukar kemerahan.

8. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

9. Tutup api, biarkan sejuk sepenuhnya.

10. Simpan di dalam bekas yang telah disteril untuk tahan lebih lama.

Tips supaya minyak cili tahan lama dan tak pahit:

  • Gunakan api sederhana kerana api terlalu besar boleh buat cili pahit.
  • Pastikan bekas betul-betul kering dan bersih.
  • Gunakan sudu kering setiap kali ambil minyak cili.
  • Boleh simpan di suhu bilik atau peti sejuk untuk jangka masa lebih lama.

Minyak Cili sedap dimakan dengan bubur. Selain itu, boleh digaul dengan ayam goreng, wantan dan dumpling. Nak nikmati dengan mee, bihun sup atau nasi putih panas juga boleh.

Jika anda peminat pedas dan suka simpan stok chili oil di dapur, resipi ini memang berbaloi dicuba. Rasanya ringan, pedas asli dan tak memualkan walaupun dimakan selalu.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Cara Buat Sambal Penyet Berlado Homemade, Pedas Menggoda & Wangi Menyelerakan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN