cara membuat roti goreng

Kalau pagi-pagi masih tercari-cari idea sarapan atau snek petang, cara membuat Roti Goreng Sardin inilah jawapannya. Ringkas, jimat dan paling penting, seisi rumah suka.

Roti Goreng Sardin ialah sejenis hidangan ringkas yang dibuat daripada roti sandwich berinti sardin, kemudian dicelup ke dalam bancuhan tepung dan telur sebelum digoreng hingga keemasan dan rangup.

Nur Iznie berkongsi cara membuat Roti Goreng Sardin yang mudah menggunakan lima bahan dengan bancuhan tepung yang buat roti tak serap minyak. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Jemput Jemput Roti Tak Serap Minyak, Rangup Bukan Main Lagi!

CARA MEMBUAT ROTI GORENG SARDIN

cara membuat roti goreng

Bahan-bahan:

  • Roti sandwich
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 2 sudu kecil garam

*Tip: kunyit bukan saja bagi warna keemasan menyelerakan, malah bantu naikkan aroma apabila digoreng.

Cara-cara memasak:

1. Gunakan sardin dalam tin, hancurkan sedikit dan perasakan ikut selera (boleh tambah bawang atau cili jika suka).

2. Letakkan inti sardin di antara dua keping roti, tekan ringan supaya kemas.

3. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.

4. Goreng ke dalam minyak panas hingga keemasan dan rangup.

5. Toskan minyak, potong dua jika mahu dan hidangkan panas-panas.

Tak kiralah hidang Roti Sardin atas meja pada waktu pagi atau petang, mesti cepat habis. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga menyukainya.

Menu ini memang sesuai untuk pagi yang sibuk atau waktu petang bila perut berbunyi. Hasilnya rangup di luar, lembut berinti di dalam dan cukup mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Iznie

Baca juga: Roti Sardin Celup Telur Air Fryer Sepantas 5 Minit, Simple Tapi Sedap Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN