resepi puding karamel cheese

Sedang mencari resepi puding karamel cheese yang mudah tapi sedap? Resipi ini diinspirasikan daripada pencuci mulut Venezuela, Quesillo, jadi lebih creamy, padat dan tiada rongga udara.

Berlemak tapi tidak muak, cukup manis manis buah, dengan tekstur licin konsisten. Cream cheese tambah rasa kaya dan aroma menggoda, sesuai untuk semua peringkat umur.

Baca juga: Resepi Puding Roti Marble Berlapis Cantik, Memikat Mata & Manis Dimakan

RESEPI PUDING KARAMEL CHEESE

resepi puding karamel cheese

Bahan-bahan karamel:

  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas

Bahan-bahan puding:

  • 5 biji telur (buang pusat telur)
  • 250g cream cheese (biar lembut)
  • ¼ tin susu pekat manis (tambah jika suka lebih manis)
  • ½ tin susu sejat
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit aising vanila

Cara-cara penyediaan:

1. Buat Karamel

  • Panaskan gula sehingga cair dan perang keemasan.
  • Masukkan air panas perlahan-lahan, kacau rata.
  • Tuang ke dalam loyang petak, ratakan. Ketepikan.

2. Sediakan Adunan Puding

  • Pukul cream cheese hingga gebu.
  • Masukkan telur, susu pekat, susu sejat, gula dan vanila.
  • Kacau dengan whisk hingga sebati.

3. Kukus Puding

  • Tuang adunan ke dalam loyang berisi karamel.
  • Kukus 30 minit atau hingga permukaan set.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Tips & Variasi

  • Tekstur padat dan licin: Buang pusat telur dan kukus secukupnya.
  • Aroma wangi: Tambah parutan kulit lemon atau serbuk kayu manis.
  • Variasi buah: Letak strawberry atau blueberry di atas puding sebelum kukus.

Silakan cuba resepi puding karamel cheese ini di rumah. Pastikan potong cantik, sejukkan dulu dan nikmati rasa creamy yang memikat.

Selamat mencuba!

Sumber: Ummi Ziera

Baca juga: Buat Sendiri Puding Kastard Buah Di Rumah, Creamy, Manis & Cantik Dipandang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN