Categories: Informasi

Coffee Bean Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Special “A Little Bit of Joy in Every Cup”

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CB&TL) mengalu-alukan semua orang untuk menerokai Joy – Keceriaan Musim Percutian. Nikmati ‘Keceriaan dalam Setiap Cawan’ – A Little Bit of Joy in Every Cup dengan pelbagai perisa dan pengalaman baharu.

“Tahun ini, kami di CB&TL akan menjadikan ‘Joy – Keceriaan Musim Percutian’ sebagai mesej musim percutian kami, kerana ia satu emosi yang mampu kita capai, namun pada masa sama, dianggap sukar difahami. Walau bagaimanapun, kami sedar emosi ini sering dialami secara semula jadi,” kata Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues.

“Jadi, kami ingin menggalakkan semua untuk menghayati detik-detik berharga yang berlalu dengan pantas ini, dengan minuman unik yang dibuat sendiri dengan penuh teliti, serta pelbagai makanan lazat bagi meneroka ‘Keceriaan Musim Percutian’. Marilah kita sama-sama menjadikan musim ini benar-benar luar biasa, baik secara kreatif, ditemani rakan dan keluarga tersayang, mahupun dengan diri sendiri.

Baca juga: Kenali Jenis Kopi Paling MAHAL Di Dunia, Coffee Lover Wajib Tahu!

Bagi mencetuskan ‘Keceriaan Musim Percutian’, CB&TL telah membawa kembali gandingan pudina dengan coklat yang digemari ramai.

Tidak kira anda memilih;

  • Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM 17.90, biasa RM 19.90)
  • Double Chocolate Peppermint Latte (panas/ais) (kecil RM 16.90, biasa RM 18.90)
  • Gibraltar Peppermint Latte (panas/ais) (biasa RM15 .90)
  • Peppermint Cream Cold Brew Coffee (kecil RM 14.50, biasa RM 16.50)
  • Double Chocolate Peppermint Cocoa (panas / ais) (kecil RM 15.90, biasa RM 17.90)

Bagi anda yang suka teruja dengan perisa unik dan berani mencuba sesuatu yang baru, CB&TL turut membawakan perisa rempah ratus yang

mengujakan untuk menutup tirai tahun ini! Gandingan coklat dan cili kami pasti akan membawa dimensi rasa baharu, yang menyemarakkan semangat anda untuk musim perayaan ini!

Ia termasuk;

  • Chili Chocolate Ice Blended® (kecil RM 17.90, biasa RM 19.90)
  • Chili Chocolate Latte (panas/ais) (kecil RM 16.90, biasa RM 18.90)
  • Cold Brew Black with Chili Cream Cap (kecil RM14.50, biasa RM 16.50)

Kebahagiaan perut yang kenyang memang tiada bandingannya! Jadi, kami teruja untuk mempersembahkan pelbagai hidangan musim percutian bagi memenuhi selera anda. Idamkan snek yang ringan dan lazat? Rasailah Cinnamon & Raisin Swirl dan Panettone Frost kami. Di samping itu, Lil’ Joy Cookie, Jolly Breadman, dan Jingle Wonderland pasti akan menceriakan hati kanak-kanak serta anda yang berjiwa muda!

Sudah tentu kami tidak melupakan para penggemar kek sempena musim percutian ini! Jadi, kami telah menyajikan pelbagai kek yang berilhamkan tradisi antarabangsa dan tempatan – Winter Speculoos adalah penghormatan kepada biskut shortbread berempah Belgium, manakala Minted Frost menyatukan keunikan pandan dengan kek coklat mint. Tidak lupa juga manisan musim percutian yang wajib ada – Happy Holiday Log kami kini disertai oleh Cozy Carrot Log dan Snow-kissed Chestnut Tart baharu!

Sambutan musim percutian tidak sah tanpa hidangan makan malam yang enak-enak belaka! Kami menyajikan Grandma’s Chicken Sandwich, Grandpa’s Pepperoni Pizza, Magic Elf Pie berasaskan tumbuhan, dan Smoked Duck Aglio Olio untuk melonjakkan musim percutian anda ke aras baharu! Sementara itu, Tom & Pep Salad yang segar dan ringan adalah cara terbaik untuk memulakan atau menamatkan hidangan Musim Percutian anda.

Bukan itu sahaja, lebih keseronokan musim percutian sedang menanti anda – kami telah menyediakan setengah juta kopi hitam pada hanya RM2 untuk didapati sepanjang musim ini! Nantikan promosi menjelang pertengahan November ini, di mana anda boleh membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 dalam satu transaksi dan menerima baucar untuk kunjungan seterusnya, yang melayakkan anda untuk 12oz Today’s Brew, 12oz Americano (panas/sejuk), Gibraltar Americano (panas/sejuk), atau 12oz Cold Brew Black pada hanya RM2** – gandingan sempurna untuk hidangan Musim Percutian kami!

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

Baca juga: Kedai Kopi Menarik Di Terengganu, Boleh Datang Singgah Jika Ke Sana

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Ibu Dalam Pantang Nak Minum Air Roselle? Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu Selama Ini

Air roselle semakin menjadi pilihan sesetengah ibu ketika berpantang kerana dikaitkan dengan pelbagai manfaat, termasuk…

11 hours ago

Cara Elak Kutu ‘Berkampung’ Dalam Bekas Tepung, Ikut 6 Langkah Ini Sebelum Simpan Dalam Kabinet

Masalah kutu tepung memang boleh buat rasa geli bila nampak serangga kecil mula bergerak dalam…

12 hours ago

Resipi Kerepek Ubi Kentang Pedas, Buat Petua INI Sebelum Goreng Supaya Ekstra Rangup!

Kerepek ubi kentang antara snek yang memang susah nak berhenti mengunyah, lebih-lebih lagi kalau dibuat…

12 hours ago

Cara Buat Nasi Kak Wok Ala Kelantan, Resipi Mudah Dengan 3 Menu Pelengkap Wajib Ada!

Nasi kakwok merupakan hidangan yang sinonim dengan Kelantan dan biasanya terdiri daripada nasi putih yang…

14 hours ago

Kek Batik Coklat Crunchy, Tak Banyak Bahan Tapi Rasa Coklatnya Pekat Dan Memikat!

Kalau suka pencuci mulut yang mudah dibuat, kek batik coklat ini memang menarik untuk dicuba…

15 hours ago

Potong Bawang Sekali Seminggu, Ini Panduan ‘Pantry Prep’ Bagi Mudahkan Urusan Di Dapur

Jam baru menunjukkan pukul 6:30 petang. Anda baru sahaja sampai di rumah selepas redah kesesakan…

16 hours ago