chicken pasta

Idea menu sahur hari ini, jom kita cuba buat Pasta Chicken ala-ala Gigi Hadid. Nampak sedap dan menyelerakan. Bahan-bahan pun mudah dan ringkas. 

Gigi Hadid bukanlah cipta resipi baru tapi menu ini berasal dari Itali dan lebih dikenali sebagai Spicy Vodka Pasta. Tapi tak ada bahan yang mengandungi alkohol vodka tau. Hanya nama makanan saja. Pasta ini adalah sos berasaskan tomato berkrim yang dimasak bersama bawang merah dan bawang putih.

Baca juga: Cara Buat Pasta Goreng Keju SEDAP, Anak-Anak Mesti Laju Je Makan

Rasanya memang sangat berkrim, pedas-pedas manja, dan sesuai dibuat untuk majlis atau kenduri.  Untuk versi tekak Malaysia, anda boleh cuba olahan resipi dari perkongsian @fatenmasak melalui laman TikTok peribadinya. Jom cuba. 

RESIPI CHICKEN PASTA ALA-ALA GIGI HADID

chicken pasta

Bahan-bahan:

  • 2 portion spaghetti (atau jenis pasta lain yang disukai)
  • 1/4 bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan ayam potong dadu – perap bersama garam dan serbuk paprika
  • 2 sudu puri tomato
  • 100ml cooking cream
  • 1/2 sudu paprika
  • 1 sudu chilli flakes
  • 2 sudu serbuk keju parmesan
  • 1 cawan air rebusan pasta
  • Daun parsley – untuk hiasan

Cara-cara memasak:

1. Didihkan periuk besar air masin. Masukkan pasta dan masak mengikut arahan pakej. Simpan sekurang-kurangnya 1 cawan air pasta dan kemudian toskan.

2. Dalam periuk, masukkan minyak masak di atas api sederhana. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan ayam yang sudap diperap bersama garam dan serbuk paprika, dan pes tomato. Masak selama kira-kira 4 hingga 5 minit.

4. Pes tomato akan menjadi gelap warna daripada merah terang kepada perang kemerahan. Proses ini menghilangkan keasidan daripada pes tomato.

5. Masukkan cooking cream serta air rebusan pasta dan gaul sehingga sebati. Reneh selama kira-kira 2 hingga 3 minit.

6. Masukkan chilli flakes dan paprika. Gaul lagi.

7. Masukkan parmesan parut, dan mentega (jika suka berlemak). Gaul sehingga sos licin dan berkrim. Jika anda rasa ia memerlukan lebih banyak air pasta, anda boleh menambah tetapi 1/2 cawan mengikut citarasa masing-masing.

8. Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata. Siap dan sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@fatenmasak

Gigi Hadid Chicken Pasta 2 portion – Spaghetti 1/4 – Bawang holland/yellow onion 2 pcs – Bawang putih/garlic 1 cup – Chicken cube (seasoned with salt & paprika) 2 tbsp – Tomato puree 100ml – Cooking cream/whipping cream 1/2 tbsp – Paprika 1 tsp – Chili flakes 2 tbsp – Parmesan cheese 1cup – Pasta water Parsley

♬ i think i like when it rains speed up – ✨️

Selamat  mencuba!

Sumber: TikTok @fatenmasak

Baca juga: Bibim Guksu (Mee Campur Pedas Korea) Cara MUDAH, Guna Pasta Angle Hair Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN