pasta

Makanan di Itali sinonim sangat untuk hidangan berasaskan pasta. Dan, ada macam-macam jenis pasta yang mungkin kita tak biasa dengar dan tahu.

Pasta menjadi popular sekitar pertengahan abad ke 20 di Itali. Secara asas diperbuat daripada campuran bahan-bahan seperti tepung, telur, dan air lalu ia dikeringkan. Seperti yang kita dapat lihat di pasaraya.

Ia juga perlu direbus dalam air mendidih kemudian barulah dikombinasikan dengan bahan-bahan hidangan lain seperti salad atau digaul bersama sos dan parutan keju di atas.

Baca Juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini

Selain itu, ia mudah dimasak dan tahan lama jika disimpan dengan sempurna.

Satu lagi keistimewaannya, ia boleh dihidangkan dalam keadaan panas atau sejuk.

Selain itu, pasta juga merupakan pilihan yang baik dari segi kesihatan disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, diperkaya dengan folat dan membekalkan serat.

Pernah dengar perkataan pasta macaroni, fettucine atau ravioli? Apakah perbezaan mereka? Tak tahu?

Jom kita tengok jenis-jenis pasta selain spaghetti dan gabungkan dengan sos yang betul.


1. Angel Hair

Bentuk sama seperti spaghetii tetapi lebih kecil dan halus iras bihun. Pasta ini cepat dimasak dan mudah disediakan.

Sesuai digandingkan bersama kuah yang tak terlalu pekat atau dikacau goreng dengan sedikit butter, minyak zaitun kemudian ditabur sikit dengan herba-herba Itali.


2. Macaroni

Berasal daripada perkataan ‘maccheroni’, makaroni adalah pasta pendek berbentuk lengkung seperti huruf C. Ia juga dipanggil pasta ‘elbow’.

Hidangan yang paling popular ialah macaroni yang dibakar bersama keju (macaroni and cheese). Namun begitu, makaroni juga boleh direbus lalu digoreng atau dimasukkan ke dalam sup.


3. Fettucine

Maksud fettucine ialah ‘riben kecil’ kerana bentuknya yang leper dan panjang berbentuk seperti potongan-potongan riben.

Ia sesuai dimakan bersama sos pekat seperti sos tomato berdaging atau carbonara.


4. Farfalle

Farfalle dalam bahasa Itali bermaksud kupu-kupu. Juga dikenali sebagai pasta ‘bowtie’ kerana bentuknya.

Ia lazat dijadikan salad pasta sejuk atau dicampur bersama semangkuk daging dan sayur-sayuran.


5. Conchieglie

Conchieglie bermakna cangkerang dalam bahasa Itali. Pasta yang berbentuk cangkerang ini wujud dalam pelbagai saiz. Bagi yang bersaiz besar, boleh disumbatkan inti kemudian dibakar.

Yang bersaiz sederhana pula boleh dijadikan kaserol atau dimakan bersama sos berdaging dan bersaiz paling kecil pula boleh dimasukkan ke dalam sup atau stew.


6. Gnocchi

Gnocchi adalah pasta berbentuk bebola atau bujur yang diperbuat daripada kentang, telur dan tepung.

Strukturnya sedikit kenyal dan sesuai dihidangkan dengan sebarang sos pekat atau dibakar bersama tomato dan keju.


7. Orzo

Jangan tersilap menyangka orzo ini nasi ya! Orzo sebenarnya ialah pasta namun bentuknya seakan-akan nasi.

Pasta ini boleh digaul dengan sayuran atau sebarang protein dan dijadikan salad. Boleh juga dimasukkan ke dalam sup atau stew.


8. Penne

Pasta ini berbentuk tiub iaitu berlubang di tengah dan dipotong serong dihujungnya. Berukuran lebih kurang 2 inci, pasta penne sesuai digunakan dalam bersama sos pekat atau dijadikan salad.


9. Ravioli

pasta ravioli

Ravioli merupakan pasta berbentuk segi empat atau bulat yang berisi inti. Pelbagai jenis inti seperti keju, daging, sayur-sayuran atau makanan laut boleh diisi ke dalam doh pasta nipis untuk menghasilkan ravioli ini.

Ia seterusnya dimasak dalam sos, sup atau digoreng dengan sedikit minyak zaitun.


10. Fusili

pasta Fusili

Bermakna ‘corkscrew’ dalam bahasa Itali, disebabkan bentuknya. Turut dikenali sebagai pasta ‘spiral’. Fusili sesuai dimasukkan ke dalam salad atau dihidangkan dengan sos yang pekat.

Kadangkala fusili dihasilkan dalam pelbagai warna menjadikan ia suatu hidangan yang menarik di atas pinggan.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN