Categories: Resipi

Resipi Carrot Cake Gula Merah, Lembut & Wangi Untuk Santapan Keluarga

Carrot cake gula merah merupakan antara salah satu pencuci mulut yang tidak boleh lawan kesedapannya. Aromanya semasa dibakar memang akan memikat sesiapa sahaja yang berada berdekatan ketika itu.

Lebih mudah, penyediaan kek ini tidak memerlukan mixer, hanya menggunakan mesin pengisar sahaja. Selain itu, gunakan parutan halus untuk lobak merah supaya kek menjadi lebih gebu. Pastikan parutan lobak merah tidak berair supaya kek tidak menjadi terlalu lembap.

Jom baca resipi di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Apom Lenggang Ala Pasar Malam, Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

RESIPI CARROT CAKE GULA MERAH

Bahan-Bahan (Kisar Semua Bahan Ini):

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula merah (KC keluarkan 2 sudu besar dari 1 cawan untuk kurangkan kemanisan)
    • (Campur gula merah dengan dark molasses untuk rasa lebih sedap, lemak manis, dan lebih sihat)
  • 1 sudu teh garam
  • 4 biji telur

Cara-Cara Membuat:

1. Masukkan minyak masak, gula merah, garam, dan telur ke dalam blender. Kisar sehingga semua bahan sebati.

2. Setelah selesai blend, tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.

3. Masukkan 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (boleh juga guna tepung gandum biasa dicampur dengan 2 sudu teh serbuk penaik) dan 1 sudu teh baking soda. Ayak terlebih dahulu bahan kering ini sebelum dicampur ke dalam adunan.

4. Tambahkan 1 sudu teh esen vanila dan 1 sudu besar perahan lemon/limau nipis atau cuka makan jika tiada lemon.

5. Masukkan 150g lobak merah yang telah diparut halus. Jangan sesekali blend lobak merah kerana ini boleh menyebabkan kek menjadi terlalu lembap. Jika parutan lobak merah berair, toskan terlebih dahulu.

6. Masukkan 1 sudu besar serbuk kayu manis.

7. Jika suka, anda juga boleh menambah 1/2 cawan walnut panggang.

8. Kacau semua bahan hingga sebati. Sapu loyang dengan mentega untuk mengelakkan kek melekat.

9. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan chocolate chip jika suka.

10. Panaskan oven pada suhu 180°C.

11. Bakar kek selama 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Shida Razak KC

Baca lagi: Resipi Kuih Talam Pandan, Ikut Cara Macam Ini Baru Hasil Cantik & Kemas

Aisha Qistina

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago