Kini, tak perlu lagi ke Kelantan untuk menikmati akok kedut pandan! Anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi mudah ini. Akok versi ini kurang manis, sesuai untuk yang tidak gemarkan manisan yang terlebih
Jika anda suka rasa lebih manis, boleh tambah gula mengikut citarasa sendiri. Kuih ini jika makan panas-panas memang seperti mempunyai kuasa magis yang buatkan anda tak sedar!
Jom lihat resipi akok kedut pandan di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Kuih Talam Pandan, Ikut Cara Macam Ini Baru Hasil Cantik & Kemas
1. Masak 2 keping gula melaka bersama 1 cawan air sehingga mendidih.
2. Kisar 10 helai daun pandan dengan 1/2 cawan air, kemudian tapis untuk ambil airnya sahaja.
3. Masukkan air pandan ke dalam air gula melaka yang telah dimasak. Jika mahu lebih manis, tambahkan gula. Biarkan adunan ini suam.
4. Setelah air gula melaka dan pandan menjadi suam, masukkan 200ml santan, 7 biji telur, dan 1/2 cawan tepung gandum.
5. Kacau adunan sehingga sebati.
6. Blend adunan tadi untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus. Selepas blend, tuang ke dalam bekas dan buang buih-buih di permukaan adunan.
7. Sediakan acuan cupcake trio, sapu sedikit minyak pada acuan untuk elakkan melekat.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak. Gunakan suhu dan masa yang sesuai mengikut oven anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Mie Amiey
Baca lagi: Resipi Bihun Goreng, Nak Rasa Kenyal & Tak Hancur Kena Guna Bihun Jenis Ini
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…