cara simpan rebung

Rebung boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan. Namun begitu, jika salah cara simpan rebung, ia boleh menjadi cepat rosak dan masam.

Rebung juga mempunyai bau yang hancing. Oleh itu, ia perlu dicuci dengan bersih sebelum diproses menjadi masakan seperti gulai rebung dan sayur lodeh.

Sebenarnya, ada satu tips untuk memastikan rebung tidak cepat rosak dan kekal segar dalam tempoh yang lama.

Baca juga: Tak Perlu Rendam Dalam Air, Ini Cara Simpan Serai Supaya Tahan Berbulan!

CARA SIMPAN REBUNG SUPAYA KEKAL SEGAR & TAK MASAM

“Hari ini nak beri sedikit tips untuk simpan rebung agar tak masam dan segar. Masukkan rebung yang telah dikupas kulit dalam bekas bertutup.

Isi air tak perlu bubuh garam. Simpan dalam peti ais. Agak dah terlalu lama buang airnya , isi air baru. Insha allah Rebung tahan lama, segar dan tak masam.”

cara simpan rebung

Tumbuhan ini bukan saja sedap, malah ia mempunyai banyak manfaat terhadap tubuh badan. Ia juga kaya dengan pelbagai jenis nutrisi penting.

Berikut merupakan khasiat memakan rebung:

  • Membantu mencegah kanser
  • Merendahkan kolestrol
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Merawat masalah sembelit
  • Mengurangkan berat badan
  • Menormalkan metabolisma badan
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mencegah serangan jantung
  • Membantu mencegah diabetes
  • Mencegah anemia
  • Meningkan sistem imunisasi

Sumber: Hello Doktor, Iwan Shah

Baca juga: Cara Simpan Daun Kesum Guna Bekas Plastik, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Bugar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN