Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Daun Pegaga Tanpa Peti Sejuk, 4-5 Hari Pun Masih Segar & Kekal Hijau!

Ramai orang suka makan ulam sebagai pelengkap hidangan, terutamanya daun pegaga yang terkenal dengan rasa segar dan khasiatnya. Tapi masalah biasa yang kita hadapi ialah ulam cepat layu kalau tak disimpan dalam peti sejuk.

Sebenarnya, ada cara mudah untuk simpan daun pegaga supaya kekal segar walaupun tanpa peti sejuk. Petua ini memang turun-temurun dan boleh dipraktikkan dengan bahan yang ada di dapur sahaja.

Menariknya, bukan daun ini sahaja yang boleh tahan lama dengan cara ini, tapi hampir semua jenis ulam berdaun. Jadi, kalau rumah anda tiada peti sejuk atau ruang peti penuh, tak perlu risau lagi.

Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk

CARA SIMPAN DAUN PEGAGA TAHAN LAMA TANPA PETI SEJUK

Kalau selalu pening fikir macam mana nak simpan ulam supaya tak cepat layu, ada satu cara mudah yang boleh anda cuba. Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pegaga, malah untuk hampir semua jenis ulam berdaun.

  1. Pastikan ulam dicuci bersih untuk buang kotoran, habuk atau tanah yang masih melekat. Jika mahu lebih tahan lama, elok tos airnya supaya tidak terlalu basah.
  2. Gunakan periuk biasa atau periuk kukus, asalkan ada penutup. Tak perlu tambah air, cukup sekadar letak daun yang sudah dibasuh tadi terus ke dalam periuk.
  3. Pastikan periuk bertutup rapat supaya kelembapan semula jadi daun tidak keluar. Inilah rahsia yang membuatkan daun pegaga kekal segar walaupun disimpan di luar.

Dengan cara ini, daun pegaga boleh tahan segar sehingga 4-5 hari, sama seperti disimpan dalam peti sejuk.

Bukan daun pegaga sahaja, tetapi ulam berdaun lain juga boleh disimpan dengan kaedah ini. Cubalah, memang berkesan!

Sumber: Roshima Ibrahim Shima

Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago