cara tanak pulut

Nak buat lemang, pulut kuning, pulut mangga atau tapai, semuanya berasaskan pulut. Tak perlu susah payah kukus, anda boleh guna cara tanak pulut menggunakan periuk nasi saja.

Jika ikut cara lama, pulut kena kukus terlebih dahulu. Cara ini agak leceh kerana makan masa yang lama dan kena ada pengukus khas. Tapi, ada cara lain yang lebih mudah.

Hanya dengan menggunakan periuk nasi di rumah, sebenarnya sudah cukup untuk buat pulut cantik, lembut dan masak sekata. Paling penting, tak perlu berasap-asap atas dapur lagi.

Ada satu tips ringkas yang dikongsikan oleh Siti Asrien Mohd Hassan di Facebook, memang berkesan dan sudah lebih setahun beliau mengunakan cara ini setiap kali tanak pulut.

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

CARA TANAK PULUT GUNA PERIUK NASI

1. Basuh beras pulut bersama sedikit garam untuk dapatkan efek berkilat. Basuh 3 hingga 4 kali.

2. Sukat air menggunakan jari telunjuk, separuh dari line pertama jari (jari diletakkan di atas beras).

cara tanak pulut

3. Tutup periuk nasi dengan penutup asal, tapi lapik dulu dengan kain atau tuala kecil supaya kedap dan wap panas tak keluar.

cara tanak pulut

4. Tekan butang ‘cook’ dan biarkan sampai bertukar ke mode ‘warm’. Jangan buka tudung periuk langsung.

5. Selepas bertukar ke ‘warm’, tunggu 5 hingga 10 minit sebelum buka penutup. Biarkan pulut masak dengan wap panasnya.

Paling menarik, hasil pulut bukan saja cantik dan berkilat, malah sesuai untuk pelbagai jenis hidangan. Nak buat pulut kuning, pulut manis atau tapai pun jadi mudah kerana tak perlu kukus.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN