
Ramai orang suka makan ulam sebagai pelengkap hidangan, terutamanya daun pegaga yang terkenal dengan rasa segar dan khasiatnya. Tapi masalah biasa yang kita hadapi ialah ulam cepat layu kalau tak disimpan dalam peti sejuk.
Sebenarnya, ada cara mudah untuk simpan daun pegaga supaya kekal segar walaupun tanpa peti sejuk. Petua ini memang turun-temurun dan boleh dipraktikkan dengan bahan yang ada di dapur sahaja.
Menariknya, bukan daun ini sahaja yang boleh tahan lama dengan cara ini, tapi hampir semua jenis ulam berdaun. Jadi, kalau rumah anda tiada peti sejuk atau ruang peti penuh, tak perlu risau lagi.
Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk
CARA SIMPAN DAUN PEGAGA TAHAN LAMA TANPA PETI SEJUK

Kalau selalu pening fikir macam mana nak simpan ulam supaya tak cepat layu, ada satu cara mudah yang boleh anda cuba. Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pegaga, malah untuk hampir semua jenis ulam berdaun.
- Pastikan ulam dicuci bersih untuk buang kotoran, habuk atau tanah yang masih melekat. Jika mahu lebih tahan lama, elok tos airnya supaya tidak terlalu basah.
- Gunakan periuk biasa atau periuk kukus, asalkan ada penutup. Tak perlu tambah air, cukup sekadar letak daun yang sudah dibasuh tadi terus ke dalam periuk.
- Pastikan periuk bertutup rapat supaya kelembapan semula jadi daun tidak keluar. Inilah rahsia yang membuatkan daun pegaga kekal segar walaupun disimpan di luar.
Dengan cara ini, daun pegaga boleh tahan segar sehingga 4-5 hari, sama seperti disimpan dalam peti sejuk.
Bukan daun pegaga sahaja, tetapi ulam berdaun lain juga boleh disimpan dengan kaedah ini. Cubalah, memang berkesan!
Sumber: Roshima Ibrahim Shima
Baca juga: Letak Daun ‘Ini’ Dalam Bekas Beras, Confirm Bebas Kutu & Beras Jadi Wangi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














