
Ramai tahu tentang khasiat air barli, tapi tak semua tahu cara simpan barli rebus supaya tahan lama. Oleh itu, kami kongsikan caranya supaya mudahkan anda tanpa perlu rebus setiap hari.
Antara khasiat air barli rebus ialah menurunkan kolesterol dan mengawal berat badan. Selain itu, ia dapat mengelakkan sembelit dan menstabilkan gula dalam darah yang sesuai untuk ibu mengandung.
Cara simpan barli rebus ini dikongsikan oleh Eja Razak di Facebook yang sangat praktikal dan sihat untuk pastikan stok air barli sentiasa ada di rumah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini
CARA SIMPAN BARLI REBUS

1. Mula-mula, ambil 1 cawan barli dan cuci bersih sekejap.
2. Selepas itu, masak bersama 3 cawan air atas api perlahan.
3. Kemudian, rebus sampai barli betul-betul lembut dan air rebusan menjadi pekat.
4. Apabila sudah siap, tutup api dan biarkan sejuk.
5. Seterusnya, simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk.
6. Setiap kali nak minum, ambil 2 sudu besar barli rebus ni dan campur dengan 1 gelas air panas mendidih.
7. Biarkan dalam 30 minit sebelum minum supaya segala khasiat keluar dan air jadi lebih sedap.
Menurut perkongsian Eja Razak, beliau minum dua kali sehari dan biasanya satu bekas boleh tahan dalam 4 hari. Jadi, ia tak sempat rosak sekalipun.
Buat pengetahuan anda, air barli yang dimasak begini tak perlu ditambah gula. Malahan, lebih baik untuk kesihatan kerana rasa barli yang asli sudah cukup menyenangkan dan neutral.
Jika nak tambah perisa semula jadi, boleh juga letak hirisan lemon atau daun pudina apabila nak minum. Tapi secara asasnya, kosong pun sudah cukup bagus.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Eja Razak
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Beras Tahan Lama, Bebas Bubuk Sampai Bertahun!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














