cara nak simpan beras

Setelah membeli beras, perkara paling merisaukan ialah bubuk atau kutu beras yang suka singgah. Bagi mengelakkannya terjadi, boleh praktikkan cara nak simpan beras ini di rumah.

Kami tertarik dengan perkongsian oleh Nor Jannah di Facebook yang mesra dengan panggilan Mak Long tentang cara nak simpan beras yang sangat praktikal dan menarik. Jom kita tengok!

Baca juga: 5 Kegunaan Plastik Beras Terpakai, Mak-Mak Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah!

CARA NAK SIMPAN BERAS BEBAS BUBUK

Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Beras Tahan Lama, Bebas Bubuk Sampai Bertahun!

1. Ambil sekampit beras dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer).

Teknik ini digunakan untuk matikan bubuk atau kutu beras yang suka bersarang dalam beras. Lebih elok, biarkan beras dalam freezer selama 3 hari.

2. Selepas 3 hari di dalam freezer, biarkan beras kering terlebih dahulu.

Jangan terus simpan beras dalam botol selepas 3 hari dalam freezer. Kena bagi beras itu rehat dan kering semula di suhu bilik supaya dapat elakkan wap air terkumpul dan menyebabkan beras cepat rosak atau berkulat.

3. Tak perlu simpan semua beras, buat sebotol dua pun sudah cukup.

Buat untuk sebotol dua saja, manakala selebihnya digunakan macam biasa untuk masakan harian. Jadi, taklah rasa macam kena simpan semua sekaligus, ikut keperluan masing-masing.

4. Isi beras dalam botol dan hentak dengan manja.

Apabila beras sudah kering, barulah boleh isi ke dalam botol. Semasa masukkan beras, jangan lupa hentak botol itu dengan manja untuk padatkan isi beras.

5. Letak cili kering atau oxygen absorber.

Sebagai tambahan, letak cili kering atau oxygen absorber di celah-celah beras bagi mengelakkan bubuk dan kekalkan kesegaran beras dalam jangka masa panjang. Lebih padat beras disusun dalam botol, lebih bagus.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Jannah

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN