Seperti yang kita semua sedia maklum, harga minyak sekarang sudah semakin mahal. Oleh sebab itu, orang ramai sudah mula berjimat-cermat dalam penggunaan minyak ketika memasak.
Banyak tips yang boleh digunakan untuk jimat minyak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Namun, ada yang kurang menikmati masakan yang dimasak menggunakan air fryer.
Seorang pengguna Facebook, Lia Suriati ada berkongsikan satu tips menggoreng dengan air fryer supaya hasilnya sama seperti menggunakan kuali.
Rahsia dia pakai air fryer jeeerr. Tapi ada yang kata tak suka nanti tekstur dia too dry. Jadi kerass kering tak best. Goreng dalam kuali jugak best.
Okey lia share tips macam mana. Korang boleh menggoreng pakai air fryer. Boleh jimat minyak tapi hasil sama macam goreng dalam kuali.
Lia masukkan dalam bekas stainless steel takut mencair pulak dalam air fryer tu, nak letak gitu aje ghisaauu basket dia ada lubang-lubang kang jatuh ke bawah.
Dalam post ni lia tunjuk goreng bilis
Berapa minit bergantung pada kuantiti bilis tu. Nak pastikan bilis masak sekata. Korang bukak la air fryer tu check.
Balik-balik kan la bilis tu pakai garpu pastu masuk balik. Goreng lagi sampai dapat tahap kegaringan yang korang nak. Lepas tu siaaaapppp.
Haaaa tips ni boleh digunapakai jugak kalau nak goreng ayam dan ikan. Musim sekarang ni minyak masak mahal. Boleh la berjimat.
Sumber: Lia Suriati
Kali ini MyResipi akan berkongsi resepi oden simple yang boleh anda buat di rumah dengan…
Jika teringin belajar buat kek di rumah, anda boleh mulakan dengan resepi Muffin Vanilla dahulu.…
Chef terkenal dari New Zealand, Andy Hearnden, baru-baru ini mencuba tiga jenis nasi goreng yang…
Siapa yang duduk di kawasan kampung pasti mudah untuk dapat telur itik. Jika anda dapat…
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyatakan bahawa mereka bersedia untuk ambil pekerja etnik Rohingya…
Pernah tak tercari-cari cara buat ikan rebus agar hasilnya tak jadi terlalu lembik, hancur atau…