Categories: Informasi

Peniaga Redha Tanggung Rugi Hampir RM300, Tak Perasan Serbuk Coklat Dah Tamat Tempoh

Untung dan rugi sudah menjadi lumrah buat mana-mana peniaga. Jika sudah tertulis tiada rezeki pada hari itu, maka peniaga terpaksa redha dan perlu berusaha dengan lebih kuat.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang penjual air di TikTok, luluh hatinya apabila dapat tahu serbuk coklat yang dibeli untuk jualan air sudah mencapai tarikh luput.

Menerusi video yang dimuatnaik @azharpenjualjalanan, dia terpaksa membuang begitu saja sebalang air coklat yang sudah siap dibancuh dan juga diletakkan ais. Dia juga terpaksa redha menanggung kerugian hampir RM300.

“Benda nak rugi nak buat macam mana, beli serbuk coklat dah tarikh luput. Kalau jual dah boleh dapat RM 300,” keluh si peniaga.

“SERBUK COKLAT TAMAT TEMPOH BUKAN TAL NAK SEDEKAH ADEHHH..”

Jika pengguna TikTok menonton video ini tanpa membaca kapsyen atau komen, mungkin ada yang anggap penjual ni sengaja buang air coklat yang dah tak laku.

Di ruangan komen, ada juga yang persoalkan mengapa dibazirkan air coklat ini sedangkan boleh disedekahkan kepada orang ramai.

Oleh sebab itu, pemilik video telah tampil menjelaskan hal sebenar di dalam ruangan komen menegaskan serbuk coklat yang digunakan untuk membuat air sudah mencapai tarikh luput.

Rata-rata warganet turut menyokong tindakan peniaga ini yang jujur dalam berniaga dan tidak mahu keuntungan semata.

Lihat video penuh:

@azharpenjualjalanan

Benda nak rugi nak buat macam mana.. beli serbuk coklat tarihk dah luput.. kalau jual tu boleh dh 300 ringgit.. 😭😭

♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

Sumber: TikTok @azharpenjualjalanan

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

15 minutes ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

55 minutes ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

3 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

3 days ago