Siapa yang duduk di kawasan kampung pasti mudah untuk dapat telur itik. Jika anda dapat rezeki telur itik daripada jiran, kenalah tahu cara cuci telur itik yang betul.
Telur adalah makanan sedap yang berkhasiat sering menjadi pilihan setiap kali ingin memasak di rumah. Makan nasi putih, telur mata dan kicap saja sudah cukup buat sesiapa pun terliur.
Terdapat banyak telur yang terjual di pasaran dan salah satunya ialah telur itik yang ternyata bukanlah jenis telur yang biasa-biasa kerana khasiatnya yang bagus untuk badan.
Telur itik mengandungi nutrisi 2 kali lebih banyak daripada telur ayam dan memiliki cengkerang yang lebih tebal sehingga lebih awet masa simpanannya.
Selain itu, ia mempunyai lebih banyak asid omega 3 yang bagus untuk kesihatan kulit dan otak. Kuningnya yang lebih gelap menunjukkan kepadatan nutrisinya lebih tinggi dari telur ayam.
Antara masalah yang sering dihadapi ketika mahu menggunakan telur itik untuk dimasak adalah kotoran pada kulitnya agak sukar ditanggal.
Sesetengah orang menyentalnya dengan berus, tapi kotoran tetap tak tanggal sepenuhnya. Kadangkala, boleh habiskan masa seharian di dapur hanya untuk bersihkannya.
Oleh itu, kami nak selesaikan masalah ini dengan menunjukkan cara cuci telur itik tanpa perlu sental dan hasilnya akan jadi putih bersih. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: 5 Tips Kupas Telur Rebus Yang Cantik, Isi Tak Melekat Pada Kulit
1. Mula-mula, masukkan telur itik ke dalam bekas berisi air.
2. Masukkan cuka dan garam, kemudian biarkan seketika.
3. Dalam masa beberapa saat, larutan akan jadi berbuih sedikit demi sedikit.
4. Pada masa yang sama, kotoran pada kulit telur itik itu akan terhakis sendiri tanpa perlu disental.
5. Apabila nampak kotoran sudah terhakis, alirkan air pada telur itik, hasilnya anda akan dapati telur itik menjadi putih dan bersih. Siap untuk digunakan!
Setelah tahu cara cuci telur itik ini, tak perlulah anda gunakan berus untuk membersihkannya lagi. Tambahan pula, cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga untuk memasak di rumah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Teratak Hijab Labuh
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…