Categories: Resipi

Tips Goreng Ayam Cantik Berkilat Untuk Nasi Ayam, Nampak Licin Sekata

Ramai suka makan nasi ayam terutamanya dengan air tangan sendiri. Selain nasi, kesedapannya juga terletak pada cara menggoreng ayam supaya kelihatan menyelerakan.

Nak dapatkan ayam goreng yang cantik, berkilat dan sekata warna bukanlah soal bahan saja tapi cara menggoreng ayam itu sendiri. Kena pandai kawal minyak, baru kulit ayam kekal licin.

Kaedah yang dikongsikan oleh Paan Selamat di Facebook dipanggil hot oil bath in wok dan hasilnya memang lain daripada yang biasa dibuat. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

CARA MENGGORENG AYAM UNTUK NASI AYAM

Bahan perapan:

  • 1 ekor ayam (boleh guna separuh juga), direbus separuh masak (half-boil)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit lada sulah

Cara menggoreng ayam:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas. Pastikan minyak banyak supaya ayam tenggelam separuh.

2. Guna dua sudip:

  • Sudip pertama untuk menyokong ayam (rendam separuh dalam minyak).
  • Sudip kedua untuk menyiram minyak panas ke bahagian atas ayam secara perlahan-lahan.

3. Kemudian, teruskan menyiram minyak sampai keseluruhan permukaan ayam masak dan warnanya perang sekata.

4. Selepas itu, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!

Jika nak buat versi madu, jangan letak madu semasa menggoreng. Sapu madu hanya selepas ayam digoreng dan masih panas supaya tak melekat pada kuali dan hasilnya berkilat cantik.

Selamat mencuba!

Sumber: Paan Selamat

Baca juga: Resepi Tepung Goreng Ayam KFC, Lebih Jimat Kos, Sedap Sebijik Macam Yang Original

Aimi

Recent Posts

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

2 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

3 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

4 hours ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

4 hours ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

5 hours ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago