
Ramai suka makan nasi ayam terutamanya dengan air tangan sendiri. Selain nasi, kesedapannya juga terletak pada cara menggoreng ayam supaya kelihatan menyelerakan.
Nak dapatkan ayam goreng yang cantik, berkilat dan sekata warna bukanlah soal bahan saja tapi cara menggoreng ayam itu sendiri. Kena pandai kawal minyak, baru kulit ayam kekal licin.
Kaedah yang dikongsikan oleh Paan Selamat di Facebook dipanggil hot oil bath in wok dan hasilnya memang lain daripada yang biasa dibuat. Jom kita cuba!
Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut
CARA MENGGORENG AYAM UNTUK NASI AYAM

Bahan perapan:
- 1 ekor ayam (boleh guna separuh juga), direbus separuh masak (half-boil)
- 4 sudu besar kicap pekat
- Sedikit lada sulah
Cara menggoreng ayam:
1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas. Pastikan minyak banyak supaya ayam tenggelam separuh.
2. Guna dua sudip:
- Sudip pertama untuk menyokong ayam (rendam separuh dalam minyak).
- Sudip kedua untuk menyiram minyak panas ke bahagian atas ayam secara perlahan-lahan.

3. Kemudian, teruskan menyiram minyak sampai keseluruhan permukaan ayam masak dan warnanya perang sekata.
4. Selepas itu, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!
Jika nak buat versi madu, jangan letak madu semasa menggoreng. Sapu madu hanya selepas ayam digoreng dan masih panas supaya tak melekat pada kuali dan hasilnya berkilat cantik.
Selamat mencuba!
Sumber: Paan Selamat
Baca juga: Resepi Tepung Goreng Ayam KFC, Lebih Jimat Kos, Sedap Sebijik Macam Yang Original
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














