Categories: Tips & Petua

Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Nampak macam mudah, tapi tak ramai yang tahu cara masak nasi goreng supaya tak cepat basi dan tahan lama. Lebih lagi jika memasak dalam kuantiti yang banyak.

Seorang peniaga benama Cik Ijan berkongsikan pengalaman beliau semasa mengambil tempahan nasi goreng.

Beliau mengalami situasi di mana nasi goreng yang dimasak menjadi lembik dan bertali selepas beberapa jam digoreng.

Baca juga: 12 Perencah Nasi Goreng Yang Paling Ramai Guna Di Malaysia, Memang Terbaik!

CARA MASAK NASI GORENG SUPAYA TAK CEPAT BASI

Berikut merupakan perkongsian penuh olehnya:

“Selepas saya selidik, silap saya tak goreng nasi dengan api besar sampai nasi asap dalam nasi dan tak goreng hingga nasi garing. Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar.

Masa nak masukkan nasi, saya kecilkan api dan gaul rata sahaja. Tak buka api besar dan tak tunggu nasi sedikit garing.

Nasi dah nampak okay, bau pun okay. Tapi dah sedikit lembik dan bertali. Rugi modal, masa dan tenaga. Pengalaman untuk saya. 5kg beras bazir..”

Menerusi perkongsian tersebut, bagi memastikan nasi goreng tahan lama dan tak cepat basi adalah dengan melakukan cara berikut:

  1. Bahan rencah perlu digoreng garing.
  2. Goreng nasi menggunakan api yang besar.
  3. Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap.
  4. Goreng nasi sehingga garing.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Cik Ijan

Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!

Nasiha

Recent Posts

Jemput Cara Malas, Sampai Terleka Bila Makan, Sedar-Sedar Dah Habis!

Jemput cara malas memang sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa kerana bahan-bahan untuk disediakan sangat…

3 days ago

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Terasa Betul Lemak Manisnya!

Setiap kali waktu petang, anak-anak pasti minta pencuci mulut yang enak. Jika tiada idea, mak-mak…

3 days ago

Bihun Sup Style Papa, Resipi Yang Lengkap Dan Mudah Amat!

Resipi bihun sup style papa oleh Nazri Mat Zain ternyata mudah dibuat dan dihidangkan. Sesuai…

3 days ago

Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

Sesiapa yang duduk di sekitar Johor pasti biasa dengan resepi Mee Bandung simple tapi sedap.…

3 days ago

Resepi Kek Coklat Moist, Guna Air Fryer Pun Tetap Gebu Meleleh

Gembiranya hati seorang ibu jika dapat membuat kek sempena Hari Lahir anak yang bakal tiba.…

3 days ago

Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

Setiap ibu pasti risau jika setiap kali masak nasi pada waktu pagi, nasi sudah menjadi…

3 days ago