Categories: Tips & Petua

Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

Setiap ibu pasti risau jika setiap kali masak nasi pada waktu pagi, nasi sudah menjadi basi pada waktu petang. Sebenarnya ibu-ibu cuma perlu tahu cara cuci periuk nasi yang betul.

Nasi yang basi mempunyai tekstur yang agak lembik dan berlendir. Ia juga mengeluarkan bau yang agak masam atau busuk.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan nasi dimasak jadi cepat basi. Salah satunya adalah kerana periuk nasi yang kurang bersih.

Baca juga: Cara Tanak Nasi Agar Cepat Masak, Tunggu 5 Minit Dah Boleh Makan!

Periuk nasi jenis dengan perangkap wap perlu dicuci bahagian tersebut. Ramai yang tidak tahu bahawa bahagian penutup perangkap wap periuk nasi boleh dicabut untuk dicuci.

Jika anda sudah lama tidak cuci perangkap wap ini, segala wap-wap nasi akan terkumpul sehingga menjadi berkerak.

Kerak-kerak yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan nasi yang baru dimasak jadi cepat basi.

Perkongsian daripada Nurul Ain Ibrahim di Facebook menunjukkan cara cuci periuk nasi yang mudah, cepat dan praktikal. Silakan untuk mencubanya nanti!

CARA CUCI PERIUK NASI

1. Basuh dan bersihkan periuk nasi. Didihkan air dan cabut bahagian wap periuk nasi. Campurkan sekali. Kemudian letak lemon.

2. Lap-lap bahagian penutup di bahagian bawah. Tunggu mendidih lagi. Buang air. Kemudian lap sehingga kering.

3. Jika anda ada soda bikarbonat, boleh guna juga. Masukkan ke dalam air yang direbus dan kemudian lap-lap.

Jika anda menggunakan cara ini, periuk nasi anda akan berbau wangi dengan haruman lemon yang sangat menyegarkan.

Selain itu, kesan-kesan kerak nasi atau apa-apa sahaja bau yang memualkan boleh dihilangkan juga,

Hasilnya, nasi yang dimasak takkan cepat basi akibat wap-wap yang terperangkap di bahagian ‘perangkap’ wap nasi.

Gunakan cara cuci periuk nasi ini supaya anda tidak hadapi masalah nasi yang cepat basi lagi. Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ain Ibrahim

Baca juga: Cara Halau Lalat Paling Berkesan, Tak Sampai 5 Minit Semua ‘Hilang’

Aimi

Recent Posts

Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!

Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam…

12 minutes ago

Resipi Mi Bandung Simple Tapi Pekat, Kuahnya Memang Sedap Sampai Hirup Licin!

Terasa nak makan mi Bandung yang sedap tetapi malas nak keluar rumah? Apa kata cuba…

49 minutes ago

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan…

2 hours ago

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

2 hours ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

4 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

22 hours ago