Setiap kali waktu petang, anak-anak pasti minta pencuci mulut yang enak. Jika tiada idea, mak-mak boleh buatkan Aiskrim Malaysia Jagung untuk mereka.
Masih ingat lagi sewaktu kecil, kita sering makan Aiskrim Malaysia bersama kawan-kawan di sekolah. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan.
Apa yang menjadikan Aiskrim Malaysia ini nampak menarik adalah kerana ia boleh dibuat dalam pelbagai perisa.
Perisa paling mudah untuk mak-mak buat ialah Aiskrim Malaysia Jagung yang merupakan perisa paling disukai ramai.
Walaupun mula munculnya perisa viral, ia tetap tak boleh mengalahkan aiskrim ini yang memiliki rasa lemak jagung manis.
Anda boleh mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Noor Mazwin di Facebook ini. Tak perlu banyak langkah sampaikan orang yang tak tahu buat pun jadi handal membuatnya.
Baca juga: Sedap Rupanya Aiskrim Malaysia ‘Filling’ Cheese Ni, Lain Dari Lain!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masak semua bahan di atas dapur. Selepas masak, sejukkan ia sebentar.
2. Kemudian, boleh isi ke dalam plastik aiskrim.
3. Letakkan ia dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku semalaman. Siap!
Jika anda lebih suka kurang manis, boleh letak 5 tin air. Jika sukakan jagung yang banyak, boleh letak 1 tin jagung.
Tak sangka nak buat Aiskrim Malaysia Jagung ini cukup mudah dan tidak mengambil masa yang banyak. Sekejap saja sudah selesai.
Selain dijadikan sebagai pencuci mulut di rumah, anda juga boleh menjadikannya sebagai idea untuk potluck. Kami jamin ia pasti laku habis.
Anak-anak anda juga pasti gembira jika anda membuatnya. Jika ada masa lapang, boleh cuba membuat perisa lain pula.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Mazwin
Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Biru Dia Lain Macam!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…