Gembiranya hati seorang ibu jika dapat membuat kek sempena Hari Lahir anak yang bakal tiba. Kek paling mudah dibuat adalah resepi Kek Coklat Moist.
Kek Coklat Moist adalah sejenis kek coklat yang cukup lembab dan padat. Peminat setia kek coklat cukup menyukainya.
Disalutkan pula dengan coklat ganache yang meleleh, sesiapa pun bakal terliur untuk memakannya.
Sekarang ramai ibu-ibu mula menggunakan air fryer untuk memasak. Sebenarnya selain memasak hidangan biasa, anda juga boleh buat kek dengannya.
Seperti perkongsian resepi Kek Coklat Moist oleh Sue Sara Anna di Facebook, beliau hanya menggunakan air fryer untuk membuatnya. Jom cuba!
Baca juga: Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah
Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B:
Bahan-bahan C:
Coklat ganache:
Cara-cara:
1. Ayak semua bahan A dan kacau semua bahan B sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan bahan C dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan menggunakan air fryer suhu 140ºC selama 40 minit.
5. Sementara tunggu kek masak, sediakan coklat ganache dengan kaedah double boiler (guna dua bekas, didihkan air dalam bekas yang pertama (di bawah) dan letakkan coklat dalam bekas yang kedua (di atas)).
6. Apabila kek sudah masak, sejukkan kemudian bolehlah tuang topping coklat dan hiaskan dengan colourful sprinkles.
Selepas mencuba resepi Kek Coklat Moist ini, anda juga boleh hiaskan dengan chocolate rice, cip coklat, icing dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba!
Sumber: Sue Sara Anna
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…
Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…