cara masak ayam semur

Sesiapa yang berketurunan Jawa pasti pernah mewarisi banyak resipi turun temurun, tapi sudahkah anda tahu tentang cara masak Ayam Semur berkuah?

Ayam Semur sentiasa menjadi hidangan pilihan dalam majlis kenduri masyarakat Jawa dan biasanya ia digandingkan sebagai lauk untuk nasi ambeng.

Sesetengah orang suka Ayam Semur dengan kuah pekat, tapi tak kurang juga ada yang suka versi berkuah kerana puas menghirupnya.

Syuhada Che Din telah sudi kongsikan cara masak Ayam Semur berkuah yang sangat menyelerakan. Jom cuba di rumah!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

CARA MASAK AYAM SEMUR BERKUAH

cara masak ayam semur

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dahulu, kemudian goreng sehingga garing.

2. Selepas itu, kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, udang kering, lada putih, jintan manis dan jintan putih.

3. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan masukkan kentang, kemudian tunggu sehingga empuk.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kicap manis, kemudian kacau rata.

5. Setelah nampak sudah elok meresap, masukkan air asam jawa.

6. Masukkan santan dan sedikit air mengikut citarasa sebanyak mana kuah yang dimahukan.

7. Tunggu sehingga pekat dan mendidih, kemudian jika rasa kurang masin, boleh tambah garam.

8. Taburkan cili besar dan daun sup, kemudian kacau sekejap dan tutup api dapur. Siap untuk dihidang!

cara masak ayam semur

Cara masak Ayam Semur berkuah ini sangat mudah, sampaikan orang yang tak pernah buat resipi ini pun dapat hasil yang sedap tak terkata.

Jika anda hidangkan Ayam Semur berkuah ini buat tetamu yang berketurunan Jawa, pasti bakal dipuji nanti dan mereka akan hirup kuahnya sampai tak toleh kiri kanan.

Selamat mencuba!

Sumber: Syuhada Che Din

Baca juga: Ayam Masak Lengkuas, Guna Ayam Jenis ‘Ini’ Untuk Lebih Lembut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN