Kalau anda tengah mencari cara masak ayam kari yang lebih sihat tapi masih kekal pekat, wangi dan penuh rasa rempah, resipi ini memang pilihan terbaik. Tekniknya fokus pada tumis rempah lama, guna herba segar, dan manfaatkan tomato sebagai pemekat semula jadi. Walaupun tanpa santan, kuah tetap ‘padu’ dan warna pun cantik.
Resipi perkongsian Hajar Mohd ini mudah, cepat disediakan dan memang sesuai untuk lauk harian seisi keluarga. Makan dengan nasi panas, roti atau capati—confirm licin.
Baca juga: Cara Nak Pekatkan Kuah Paling Mudah Guna Beras, Confirm Kuah Kari & Sup Lagi Padu!
Bahan-Bahan Tumis:
Bahan-Bahan Kisar:
Pes Rempah (bancuh dengan sedikit air):
Bahan Lain:
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis Bahan Aromatik
Panaskan minyak. Tumis daun kari, bawang besar, cili kering, empat sekawan, jintan manis dan serai. Biar garing supaya aroma kari naik maksimum.
2. Masukkan Bahan Kisar
Apabila tumis sudah wangi, masukkan bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
3. Masukkan Pes Rempah
Tuang pes kari yang sudah dibancuh. Kalau ada lebih di mangkuk, tambah sedikit air dan masukkan sekali. Guna api sederhana supaya rempah tak hangus.
4. Masukkan Ayam
Bila rempah pecah minyak, masukkan ayam. Gaul sebati, tutup periuk dan biarkan ayam masak lembut. Kacau sekali-sekala. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
5. Perasakan & Sempurnakan
Masukkan garam dan perasa. Tambah asam keping / asam jawa atau lemon untuk seimbangkan rasa. Akhir sekali, masukkan tomato potong dan biarkan kuah naik minyak.
Tips Ringkas Cara Masak Ayam Kari Tanpa Santan
Resipinya mudah tetapi hasil kuah tetap pekat, beraroma dan rempah seimbang walaupun tanpa santan. Memang sesuai dijadikan lauk harian keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Hajar Mohd
Baca juga: Ayam Rendang Tanpa Santan, Tak Payah Tunggu Raya Kalau Nak Makan
Seorang wanita berkongsi pengalamannya mencuba resipi chilli crab oleh Che Sayang yang ditemuinya di Facebook.…
Kalau teringin ayam gepuk pak gembus yang pedas, garing dan cukup menyelerakan, resipi ini memang…
Roti jala bukan sahaja sesuai untuk hidangan petang, malah boleh dijadikan sarapan yang mengenyangkan. Teksturnya…
Getuk ubi kayu antara kuih tradisional yang mudah dibuat di rumah menggunakan bahan-bahan ringkas. Rasanya…
Perapan ayam yang sedap boleh buat rasa ayam lebih berperisa walaupun hanya dimasak dengan cara…
Pasta bake pedas daging ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan pasta yang mengenyangkan dengan…