telur sambal

Kadangkala ada ketikanya kita teringin makan lauk yang ringkas, tapi pedasnya cukup rasa. Lauk yang boleh buat nasi bertambah tanpa sedar, semestinya Telur Sambal Cili Kering.

Resipi Telur Sambal Cili Kering ini dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook yang mempunyai cara bagi memastikan lauk ini nampak luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Siam, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

RESIPI TELUR SAMBAL CILI KERING

telur sambal

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng cili kering sampai sedikit garing. Nak rebus dulu pun boleh, tak rebus pun boleh.

2. Selepas itu, terus goreng ikan bilis dan bawang putih sampai garing.

3. Apabila ikan bilis sudah siap digoreng, masukkan semua bahan goreng tadi ke dalam lesung batu dan tumbuk kasar saja tapi jangan halus sangat.

4. Kemudian, tumis sesudu sos tiram. Jika tiada pun tak mengapa.

5. Masukkan semula bahan yang ditumbuk bersama garam dan gula secukupnya. Jika guna cili kering yang menggerutu, lebihkan gula sedikit supaya tak terlalu pedas.

6. Setelah itu, masukkan telur. Kais bahagian putih dan biarkan saja memasak, kemudian angkat yang bahagian putih tadi. Jika tak suka kuning telur cair, kacau saja sekaligus.

7. Apabila kuning telur sudah mencapai tahap masakan yang dimahukan, angkat dan letak atas telur putih yang sudah diangkat awal tadi.

8. Akhir sekali, tabur daun bawang dan wajib perah asam limau. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Telur Tak Pecah Dalam Kuah Masak Lemak, Bulat Gebu Kejadiannya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN