mesin pengisar

Mesin pengisar  merupakan alatan elektronik yang sangat memudahkan kerja-kerja memasak. Tidak perlu guna lesung batu untuk menumbuk bahan-bahan memasak.

Namun selepas digunakan dalam tempoh tertentu, warna kekuningan akan mula kelihatan pada mesin pengisar tersebut. Lebih lagi jika sering mengisar kunyit hidup.

Bukan itu sahaja, bau bawang dan cili juga akan melekat pada pengisar. Sekaligus menyebabkan ia kurang sesuai untuk mengisar bahan-bahan lain, contonya mahu mengisar buah untuk dijadikan jus.

Untuk menghilangkan bau dan kesan kuning itu, anda hanya memerlukan tiga bahan sahaja iaitu beras, limau nipis dan garam. Mari ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Cuci Papan Pemotong Hitam Guna 3 Bahan, Auto Nampak Macam Baru!

CARA HILANGKAN KESAN KUNING & BAU PADA MESIN PENGISAR

Sediakan bahan berikut:

  • 1 genggam beras
  • 2 biji limau nipis
  • Sedikit garam
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar bersama dengan sedikit saja air. Kemudian kisar selama beberapa minit.
  2. Kemudian tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas lain dan bilas pengisar.
  3. Hasilnya, kesan kuning yang melekat pada pengisar hilang.
  4. Jika masih ada baki kesan kuning, boleh lakukan sekali lagi untuk memastikan ia benar-benar bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Norhasul Bin Md Nor

Baca juga: Cara Cuci Cawan ‘Berkerak’ Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN