PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-10 04:22:14

Sate ialah menu makanan Nusantara yang juga terkenal di negara-negara Asia Tenggara. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang. Terdapat pelbagai macam jenis sate seperti sate arnab, sate hati, sate pedal, sate perut, sate ikan, sate lembu dan sate ayam. Sate biasanya dimakan bersama ketupat nasi atau nasi himpit.

 

Tetapi lain pula dengan resepi sate harini. Sate ini adalah sate luar biasa yang digelar sate lipat. Sate lipat ni adalah gabungan roti dan sosej yang dijadikan seperti sate. Bolehlah cuba resepi ini untuk makan pagi anak-anak. Jadi mari kita cuba resepi Sate Lipat yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

 

Bahan-bahan : 

4 biji telur

1/4 sudu kecil seasoning

1 sudu besar daun bawang – dihiris halus

5 keping roti loaf wholemeal

3 batang sosej 

Lidi satay – lebih kurang 7 batang lidi atau secukupnya

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

 

Cara-cara:

1. Satukan telur, seasoning dan daun bawang kacau sebati.

2. Sekeping roti potong tiga, sosej sebatang  dipotong empat. Ambil lidi cucuk selang seli.

3. Panaskan kuali atau non-stick pan, ambil sedikit bancuhan telur lerengkan nipis dalam kuali.

4. Kemudian ambil satay yang telah dicucuk tadi letak atas telur dan lipatkan/bungkus biarkan masak sekejap.

5. Angkat dan sedia dinikmati dengan cili colek ikut kesukaan. Colek dengan sos lada hitam lagi sedap.

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish