Categories: Tips & Petua

Jangan Panik Kalau Hangus! Ini Cara Paling Berkesan Hilangkan Kerak Periuk Guna Bahan Dapur

Sedang sibuk memasak, tiba-tiba terhidu bau hangit dan panik tengok periuk berkerak hitam. Jangan risau, ada cara hilangkan kerak periuk dengan mudah menggunakan bahan yang ada di dapur.

Setiap orang pasti pernah pernah berdepan dengan masakan hangit sampai periuk yang digunakan tiba-tiba hitam melekat. Semestinya kecewa, terutama jika periuk itu agak mahal.

Di sini kami kongsikan cara hilangkan kerak periuk yang pernah dicuba dan terbukti berkesan dengan menggunakan bahan dapur semula jadi saja. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Mudah Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih, Bersih Walau Masak Hari-Hari!

CARA HILANGKAN KERAK PERIUK

Bahan-bahan:

  • Baking powder atau soda bikarbonat
  • Lemon atau cuka
  • Air panas

*Nota: Jika tiada soda bikarbonat, baking powder sahaja pun sudah mencukupi.

Cara-cara:

1. Masukkan air secukupnya dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.

2. Masukkan baking powder atau soda bikarbonat ke dalam air panas.

3. Tambahkan beberapa titik lemon atau cuka untuk hasil yang lebih berkesan.

4. Setelah air sedikit sejuk, masukkan periuk yang hitam ke dalam larutan.

5. Untuk kesan maksimum, rendam beberapa jam atau semalaman.

6. Setelah direndam, sental perlahan-lahan permukaan periuk. Kadangkala kotoran akan terkelupas sendiri. Hasilnya, periuk akan kembali bersinar seperti baru.

Tips tambahan:

  • Untuk kesan lebih cepat, gunakan sikat lembut atau span untuk menyingkirkan kotoran degil.
  • Bagi periuk yang sangat hitam, proses rendaman semalaman biasanya lebih berkesan.
  • Sentiasa pastikan periuk sejuk terlebih dahulu sebelum menyental untuk mengelakkan calar.

Baking powder atau soda bikarbonat bersifat alkali lembut yang membantu melarutkan kesan hangus pada permukaan periuk. Lemon dan cuka pula bersifat asid semula jadi, membantu mengurai sisa hangus dan memberikan kilauan semula.

Jadi, tiada lagi alasan untuk risau jika periuk hangus atau hitam. Dengan tips ini, periuk kembali bersih dan bersinar, tak perlu beli periuk baru lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Makudacun Ibra

Baca juga: Jangan Terus Masak! Ini Cara Guna Kuali Baru Supaya Tak Melekat Dan Tahan Lama

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago