cara jaga papan pemotong

Setiap hari kita gunakan papan pemotong untuk memotong sayur, bawang, daging atau buah. Buat pengetahuan anda, ada cara jaga papan pemotong supaya kekal putih dan bersih.

Papan pemotong yang digunakan berulang kali mudah meninggalkan kesan kotoran, kunyit dan bau yang kurang menyenangkan. Jika tetamu nampak, segan juga dibuatnya.

Cara jaga papan pemotong bukanlah sesuatu yang susah, cuma memerlukan sedikit konsisten. Bukan setakat nampak bersih dan terjaga, malah lebih tahan lama dan selamat digunakan.

Baca juga: Cara Hilangkan Kesan Kunyit Pada Blender Sepantas 5 Minit, Tak Perlu Sental Banyak Kali!

CARA JAGA PAPAN PEMOTONG SUPAYA KEKAL PUTIH

cara jaga papan pemotong

1. Sediakan berus khas di sinki.

Pastikan ada berus yang dikhaskan untuk papan pemotong. Tak kisah jenis apa, tapi yang penting jangan campur dengan berus lain.

Cara ini boleh bantu membersihkan celah-celah permukaan papan yang kadangkala susah hilang apabila guna span biasa.

2. Berus papan pemotong secara mingguan.

Sekurang-kurangnya sekali seminggu, berus papan pemotong dengan lebih teliti. Jika anda masak lebih kerap, boleh buat lebih kerap juga. Dengan rutin ini, kotoran degil tak sempat melekat lama dan papan kekal bersih.

3. Tips penting: jemur bawah cahaya matahari.

Ini langkah paling menjadi tapi tak ramai yang tahu iaitu jemur papan pemotong bawah panas matahari beberapa minit saja dengan mengikut tahap kotoran.

Cahaya matahari membantu memudarkan kesan kunyit dan bau. Selain itu, ia membuatkan papan pemotong nampak lebih bersih secara semula jadi.

Cara jaga papan pemotong ini boleh juga dipakai untuk botol air jamu atau bekas kunyit yang sukar dibersihkan. Hasilnya, ia kembali bersih apabila dijemur panas.

cara jaga papan pemotong

Setiap papan pemotong ada jangka hayatnya. Jika jenis plastik, sebaiknya tukar setiap tahun kerana risiko mikroplastik terhasil daripada papan yang sudah mula haus.

Jika papan pemotong jenis kayu atau tebal berkualiti tinggi, anda boleh jemur dan rawat dengan betul supaya ia tahan bertahun-tahun.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Husna Haron

Baca juga: Kuali Lama Hitam Berkerak? Cuba Cara Ini Guna 2 Bahan Saja, Terus Bersih Berkilat Macam Baru!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN