kek gula hangus mudah

Dalam banyak-banyak kek klasik yang ada, ramai yang suka Kek Gula Hangus mudah kerana teksturnya bersarang cantik dan aromanya wangi setelah dibakar.

Jika anda teringin nak buat Kek Gula Hangus mudah tanpa peram adunan lama-lama, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Norshalieda Rozali di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Suji Gebu & Wangi, Punyalah Sedap Sampai Tak Cukup Sepotong!

RESIPI KEK GULA HANGUS MUDAH

kek gula hangus mudah

Bahan-bahan air gula:

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 100gm butter atau marjerin

Cara-cara menyediakan air gula:

  1. Masak gula dengan api kecil sampai semua cair.
  2. Sentiasa kacau supaya tak hangit.
  3. Selepas semua gula sudah cair dan ada buih-buih halus, masukkan 2 cawan air panas (jangan biar gula berbuih lama sebelum masuk air, nanti air gula jadi pahit).
  4. Gula akan meruap sedikit. Seeloknya tuang air panas guna jug. Jika guna cawan, tangan rasa panas sikit.
  5. Jika ada ketulan gula, masak saja sampai gula larut kembali. Tutup api. Masukkan butter. Ketepikan dan biar sampai air gula ini suam.

kek gula hangus mudah

Bahan-bahan kek:

  • 8 biji telur gred A
  • ½ cawan krimer pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara buat kek:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar termasuk air gula tadi. Jika tak muat, masuk air gula separuh dulu.
  2. Jika pengisar besar, bolehlah masukkan semua air gula.
  3. Kisar sebati. Masukkan atau tapis adunan dalam bekas lain campur baki air gula. Kacau sebati.
  4. Masuk dalam loyang saiz 8 inci (petak) atau 9 inci (bulat).
  5. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sampai masak. Suhu dan tempoh masa ikut oven masing-masing (suhu oven saya 200ºC api bawah dan 110ºC api atas).

Selamat mencuba!

Sumber: Norshalieda Rozali

Baca juga: Resepi Kek Batik Ganache, Rasa Coklat Lebih Banjir Dalam Setiap Lapisan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN