Categories: Resipi

Resipi Ikan Masak Kicap Ala Thai, Kuah Pekat Beraroma & Rasa Memang Lain Dari Biasa!

Kalau dah bosan menu masak kicap ikan biasa, jom cuba resipi ikan masak kicap ala thai ini pula. Rasa kuahnya yang manis, masam dan sedikit pedas menjadikan hidangan ini lain daripada yang lain.

Ramai yang sudah mencuba resipi ini dan rata-rata memuji kesedapannya. Kuah kicap yang pekat dan beraroma ini memang padu bila dicurahkan ke atas ikan goreng rangup, sekali makan pasti nak tambah nasi.

Baca juga: Buat Sendiri Ikan Siakap Stim Ala Thai, Aromanya Memang Menggoda Selera!

RESEPI MASAK KICAP IKAN ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan pilihan seperti ikan jenahak, ikan merah atau ikan siakap
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 biji cili merah (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Serbuk pati ayam secukupnya
  • Kicap sotong secukupnya
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan hiasan:

  • Daun ketumbar
  • Cili merah (dipotong memanjang)
  • Cili padi hijau (dibelah dua)
  • Bawang holland (dipotong baji)
  • Daun salad
  • Tomato ceri
  • Bahan perapan ikan
  • Sedikit air
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukupnya
  • Sedikit cili kisar
  • Serbuk kunyit secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Gaulkan ikan bersama semua bahan perapan dan perap selama lebih kurang 10 minit.
  2. Goreng ikan hingga garing, kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan semua jenis sos dan kicap. Kacau rata, kemudian tambahkan air, gula dan kicap sotong. Masukkan bawang holland, cili padi dan cili merah.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
  6. Curahkan kuah kicap ala Thai ke atas ikan goreng tadi.
  7. Hias dengan bahan hiasan dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Pindang Ikan Temenung Berkuah Masam Pedas, Hari-Hari Makan Pun Tak Jemu

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago