Semua tugas memasak jadi mudah dengan gunting dapur serbaguna. Setelah lama digunakan, pasti ia akan berkarat dan anda perlu tahu cara hilangkan karat pada gunting dapur.
Ramai yang suka guna gunting dapur kerana pelbagai fungsi yang ada padanya. Boleh dikatakan, ia merupakan salah satu alatan yang wajib ada di rumah.
Bayangkan dengan hanya menggunakan gunting dapur, anda boleh buat segala kerja dengan lebih mudah seperti buka penutup botol, menyiang ikan, memotong sayur dan sebagainya.
Oleh kerana gunting dapur sering digunakan pada makanan, maka ia perlu dijaga dengan baik. Bukan setakat ambil berat tentang ketajamannya, tapi lebih penting untuk anda pastikan ia sentiasa bersih.
Cuba lihat gunting dapur anda sekarang, adakah berkarat dan kotor? Jika begitu, lebih elok anda guna cara hilangkan karat pada gunting dapur ini supaya lebih bersih. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!
CARA HILANGKAN KARAT PADA GUNTING DAPUR
1. Mula-mula, sediakan baking soda dan cuka.
2. Kemudian, masukkan gunting dapur yang berkarat ke dalam bekas.
3. Seterusnya, taburkan baking soda di atas gunting dapur tadi.
4. Selepas itu, titiskan sedikit cuka pada gunting dapur.
5. Selanjutnya, biarkan gunting dapur sebentar selama 5 minit.
6. Akhir sekali, bilas dan keringkan gunting dapur. Siap untuk digunakan!
Bahagian pemotongan besi pada gunting dapur boleh berkarat kerana proses pengoksidaan besi yang berlaku padanya. Senang cerita, ia jadi berkarat sebab sering direndam dan tak segera dikeringkan.
Sesetengah orang pantang nampak gunting dapur yang telah berkarat, mesti nak beli baru. Selepas dapat tahu ada cara hilangkan karat pada gunting dapur, bolehlah berjimat lagi.
Setelah menggunakan tips yang berguna ini, kami yakin anda pasti akan puas hati dengan hasilnya nanti. Bukan setakat karatnya hilang, malah gunting dapur kelihatan seperti baru.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Raratuhome
Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi