Buka bungkusan mee kuning, tiba-tiba bau kapur yang kuat menusuk hidung. Sebelum gunakannya, anda perlu tahu cara cuci mee kuning yang berbau kapur ini terlebih dahulu.
Mee kuning sering digunakan untuk masak mee goreng, mee kari atau mee bandung. Selain bihun, boleh dikatakan ia merupakan bahan paling penting dan wajib ada di dapur.
Satu masalah yang sering dihadapi ramai ialah baunya yang cukup mengganggu selera. Jika tak dibersihkan dengan betul, mee yang dimasak nanti boleh rasa pahit dan tak sedap dimakan.
Ramai tak tahu, sebenarnya mee kuning perlu dicuci dahulu sebelum digunakan. Bukan sekadar bilas saja, malah ada cara untuk mencucinya dengan betul. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!
1. Mula-mula, masukkan mee kuning ke dalam bekas yang besar (nak guna besen pun boleh).
2. Selepas itu, tuangkan air yang agak-agak suam ke dalam bekas tersebut.
3. Kemudian, lerai-leraikan mee kuning sampai ia tak melekat sesama sendiri.
4. Seterusnya, masukkan dalam 6 sudu besar gula perang atau gula putih.
5. Kemudian, kacau-kacau sedikit bagi ia rata dengan sekata.
6. Setelah itu, ketepikan lebih kurang dalam setengah jam (waktu ini, boleh nampak minyak daripada mee kuning mula keluar).
7. Akhir sekali, cuci dengan air biasa dan toskan. Siap digunakan untuk masak!
Cara cuci mee kuning ini bukan saja dapat membantu menghilang bau kapur, malah tips ini dapat mengurangkan rasa pahit dan membuatkan tekstur mee jadi lebih sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: wirdazul
Baca juga: Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…