kuey teow sup sedap

Sesiapa yang pernah menjamu selera di kedai kopitiam pasti teringat Kuey Teow Sup sedap di sana. Kali ini, kami akan kongsikan resipi mudah untuk anda cuba membuatnya di rumah.

Gabungan kuey teow yang lembut sempurna bersama kuahnya yang kaya dengan rasa memang menyegarkan apabila dihirup. Apabila sekali mencubanya, pasti teringat sampai bila-bila.

Cik Puan Zee telah kongsikan resipi Kuey Teow Sup ala kopitiam di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana cara membuatnya yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Berselera Hirup Kuahnya

RESIPI KUEY TEOW SUP SEDAP ALA KOPITIAM

kuey teow sup sedap

Bahan-bahan:

  • 2 labu bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 ketul dada ayam
  • 2 kiub pati ayam
  • Kek ikan
  • Bebola ikan
  • Minyak bijan
  • Air (untuk merebus)
  • Garam
  • Kuey teow (dicuci sekejap dengan air panas)
  • Sawi pak choy (direbus)
  • Cili padi (dipotong)
  • Kicap manis atau masin

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng bawang putih sampai keperangan, kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, cuci dan bilas kuey teow dengan air panas untuk buang minyak yang melekat padanya.

3. Masukkan air dan ayam ke dalam periuk, kemudian renehkan sampai Ayam masak. Angkat ayam saja dan ketepikan.

4. Seterusnya, masukkan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi.

5. Titiskan minyak bijan dan perasakan dengan garam, kemudian biarkan sampai mendidih.

6. Sementara itu, boleh carik-carik ayam yang telah direbus tadi.

7. Akhir sekali, hiaskan dengan cili potong dan kicap serta minyak bawang putih sebagai penambah rasa dan selera. Siap untuk dihidang!

kuey teow sup sedap

Kuey Teow Sup sedap ini bukan saja memuaskan selera, tapi ia bawa nostalgia rasa yang pasti mengingatkan kita kepada hidangan popular di kedai kopitiam.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Zee

Baca juga: Kuey Teow Sup Chinese Style, Punyalah Sedap Sampai Hirup Ke Titisan Terakhir

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN