cara buat taugeh

Rupanya ada cara buat taugeh agar tahan lama dan kekal segar selepas berhari-hari di dalam peti ais.

Selalunya apabila kita membeli tauge dan menyimpannya dalam peti ais lebih dari dua hari, kita akan perasan bahawa tauge tersebut akan menjadi hitam dan tidak segar lagi, bukan?

Jangan risau, ada satu petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini. Petua ini sangat mudah dan berkesan.

Baca juga: Cara Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama, 3 Minggu Pun Masih Segar!

CARA BUAT TAUGEH TAHAN LAMA & TAK CEPAT HITAM

Berikut merupakan cara simpan tauge agar tahan lama:

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan meletakkan sekeping asam keping di dalam bekas tempat simpanan tauge di dalam peti ais. Pastikan asam keping tersebut berada dalam keadaan berendam dengan tauge.

Cara ini boleh mengekalkan kesegaran taugeh dan tetap rangup walaupun telah disimpan dalam peti ais untuk beberapa hari.

cara buat taugeh

Khasiat tauge:

  • Mengandungi vitamin C, vitamin K, folat, dan vitamin B, serta mineral seperti magnesium, fosforus, dan kalium.
  • Mempunya sumber serat yang membantu pencernaan dan mencegah sembelit.
  • Mengadungi antioksidan yang boleh melawan radikal bebas dan mengurangkan keradangan.
  • Mempunyai rendah kalori yang baik untuk pengurusan berat badan.
  • Kaya dengan protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan.
  • Menyokong kesihatan jantung yang dapat embantu menurunkan tekanan darah.
  • Mempunyai kandungan vitamin C yang memperkuat sistem imun.
  • Membantu mengawal paras gula darah.

Sumber: Norhaniza Kamaruddin

Baca juga: Cara Simpan Gula Melaka Agar Tak Mudah Cair & Cepat Berkulat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN