serawa durian

Musim durian dah tiba kan? Selain dari pulut durian, serawa durian pun orang akan wajib buat. Cicah roti makan petang-petang sedapnya.

Kalau ada yang tak pernah buat menu pencuci mulut ni, jom ikut resipi step by step di bawah. Mudah je cara nak buat, jom sama-sama cuba buat nanti ya!

Baca juga: Cara Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama, Ada Petua Kalau Tak Nak Masam

RESIPI SERAWA DURIAN

Bahan-bahan:

  • Durian
  • Santan
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Garam

Cara-cara:

  1. Masukkan air. Letak gula melaka dan daun pandan.

  2. Biarkan sehingga air mendidih dan gula melaka cair.

    serawa durian

  3. Kemudian masukkan santan.

  4. Kacau-kacau sedikit sehingga rata.

  5. Kemudian terus masukkan durian. Api jangan kuat. Kacau sekejap-sekejap supaya tidak berketul. Masak perlahan sehingga rasa durian meresap bersama kepekatan kuah.

    serawa durian

  6. Masak sehingga mencapai kepekatan yang anda suka. Masukkan garam secukup rasa.

    serawa durian

  7. Siap! Selaamt mencuba.

    serawa durian

Kredit: Ruqayyah Farhani

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN